Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

(Konsep) Razer Phone 2.0 – Telefon Pintar Yang Boleh Berubah Menjadi Konsol Mudah Alih

Apa yang kita dapat lihat tahun lalu ialah Nintendo Switch mendapat sambutan luar biasa kerana membolehkan konsol dimainkan walaupun berada di luar rumah. Ini bukan konsep baru dan pertama kali dicuba oleh Sony Ericsson Xperia Play yang gagal. Razer Phone Ialah percubaan sulung Razer untuk menghasilkan telefon pintar untuk golongan gamer. Tetapi ia masih mempunyai beberapa kekurangan.

Razer Phone 2.0 ialah Peranti konsep yang dihasilkan oleh Petar Trlajic seorang pereka industri dari Serbia. Ia membawakan beberapa penambahbaikan berbanding peranti asal seperti skrin 6.6 inci ultra lebar 21:9 dengan resolusi 2560×1080 pixel, memori sebesar 8GB RAM dan storan 256GB. Pada bahagian hadapan terdapat kamera yang terletak pada sisi peranti. Ini adalah bagi memudahkan penstriman ke platform media sosial.

Peranti konsep ini turut mempunyai butang khas untuk mod konsol yang membekalkan lebih banyak kuasa. Sebuah tongkat terbina seperti Microsoft Surface membolehkan peranti berdiri apabila diletakkan di atas permukaan meja. Selain daripada itu terdapat pengawal permainan khas bagi mereka yang menggemari kawalan fizikal. Pengawal ini dilengkapi bateri tambahan untuk memanjangkan sesi permainan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

(Konsep) Razer Phone 2.0 – Telefon Pintar Yang Boleh Berubah Menjadi Konsol Mudah Alih

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×