Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Samsung Galaxy S9 Akan Mengekalkan Kapasiti Bateri Yang Sama Seperti Galaxy S8

Tumit Achilles telefon pintar ialah ketahanan Bateri. Ini berkadar terus dengan Saiz Bateri yang digunakan. Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini wujud trend saiz bateri yang dikecilkan berbanding model terdahulu. Bagi mereka yang berminat untuk memiliki Samsung Galaxy S9, saiz bateri untuk kedua-dua model kini diketahui.

Untuk Galaxy S9 bateri sebesar 3000 mAh akan digunakan manakala pasal Galaxy S9+ pula ia sebesar 3500 mAh. Samsung mengekalkan saiz bateri seperti yang ditemui pada Galaxy S8 dan S8+ untuk model terkini mereka.

Saiz bateri ini diketahui selepas ia disenaraikan oleh laman alat ganti Union Repair sekaligus mengesahkan beberapa maklumat yang didengari sebelum ini. Selain bateri dengan kapasiti yang sama, Galaxy S9 dan S9+ turut akan mengekalkan sistem pengecasan Adaptive Fast Charging yang telah digunakan sejak tiga tahun yang lalu



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Samsung Galaxy S9 Akan Mengekalkan Kapasiti Bateri Yang Sama Seperti Galaxy S8

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×