Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pembina Permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds Berjanji Akan Menggantung 100 Ribu Pemain Yang Didapati Menipu

Penipuan dalam mana-mana Permainan dalam-talian boleh dikatakan sebagai suatu lumrah, kerana perbuatan ini telahpun berleluasa sejak bertahun-tahun dahulu.

Walaubagaimanapun, pembangun permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds, yang baru-baru ini Berkata Bahawa Mereka telah mengenalpasti 100 ribu pemain permainan komputer tersebut yang menipu didalam permainan tersebut, dan akan menggantung pemain-pemain tersebut sekaligus tidak lama lagi.

Tambahan dari itu, PUBG Corporation Juga Berkata Bahawa para pekerja mereka akan sentiasa memantau permainan tersebut untuk memastikan bahawa pemain-pemain yang sah dapat bermain permainan tersebut tanpa perlu risau mengenai penipu-penipu ini.

Mereka juga berkata bahawa mereka akan bekerjasama dengan penguatkuasa antarabangsa untuk memastikan bahawa pembina-pembina perisian penipuan ini ditangkap ataupun disaman kerana merosakkan pengalaman pengguna permainan PUBG yang inginkan persekitaran permainan yang adil dan menggembirakan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Pembina Permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds Berjanji Akan Menggantung 100 Ribu Pemain Yang Didapati Menipu

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×