Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Lenovo Hadir Dengan Dok Grafik Luaran Tersendiri Dilengkapi GTX 1050

Dengan pelbagai pengeluar menyediakan Dok Grafik Luaran untuk digunakan bersama komputer riba atau desktop, kini pihak Lenovo turut tidak ingin ketinggalan. Pada CES 2018 hari ini, mereka telah memperkenalkan Lenovo Thunderbolt 3 Graphics Dock yang hadir bersama kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050.

Melalui penawaran dok grafik luaran ini, pengguna boleh menghubungkan ia bersama komputer riba anda, dan menikmati permainan pada grafik asas dengan mudah. Lenovo dilihat lebih memfokuskan penawaran ini untuk digunakan bersama Windows Mixed Reality. Ia agak mendukacitakan kerana kad grafik hadir terbina, dan tidak membolehkan pengguna menaik-tarafnya.

Lenovo dijangka menawarkan ia pada harga $399 (~RM1596) bermula dari pasaran Amerika Syarikat. Penawaran ini mungkin bagi anda yang sedia mempunyai komputer riba, tetapi hanya inginkan kuasa grafik tambahan untuk beberapa tugasan khusus atau ingin menikmati permainan pada grafik rendah melaluinya.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Lenovo Hadir Dengan Dok Grafik Luaran Tersendiri Dilengkapi GTX 1050

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×