Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tentera Korea Selatan Akan Mempunyai Unit “Dronebot” Untuk Menentang Korea Utara

Penggunaan dron di dalam medan peperangan sudah bermula ketika Perang Dunia Pertama. Tetapi akhir-akhir ini kepentingannya disedari semula kerana ia sukar dikesan dan paling penting sekali tidak meletakkan nyawa anggota tentera dalam situasi berbahaya. Situasi kini sedang tegang diantara Korea Selatan dan Utara. Korea Selatan menyedari mereka jiran utara mereka mempunyai lebih banyak askar yang bersedia untuk menyerang.

Salah satu langkah untuk mengimbangi kekurangan anggota tentera ini ialah dengan menggunakan dron. Menurut laporan media Korea Selatan, pihak tentera negara K-Pop ini akan mempunyai unit “Dronebot” bermula tahun hadapan. Robot dan dron di dalam unit ini digunakan untuk melakukan intipan ke atas lokasi strategik di Korea Utara. Di dalam situasi genting, sekawanan dron bersenjata akan digunakan untuk melakukan serangan pertama bagi melumpuhkan kemampuan musuh.

Apa yang dilakukan oleh Korea Selatan ini mempunyai persamaan dengan apa yang dilakukan di Israel, Amerika Syarikat dan Russia. Russia telah membangunkan dron yang mampu menembak misil anti kereta kebal manakala Israel mempunyai pelbagai kenderaan swapandu robotik keluaran tempatan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Tentera Korea Selatan Akan Mempunyai Unit “Dronebot” Untuk Menentang Korea Utara

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×