Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tablet Microsoft Surface Pro Terbaru Kini Boleh Dibeli Di Lazada – Bermula Pada Harga RM3699

Tablet Microsoft Surface Pro terbaru kini hadir di pasaran Malaysia, dan kini boleh dibeli di kedai-kedai pengedar peranti Microsoft dan di atas-talian melalui laman web Lazada.

Surface Pro terbaru ini hadir dengan paparan skrin PixelSense bersaiz 12.3 inci dengan resolusi 2736×1824 dan dikuasakan oleh siri CPU Intel Core m3, Core i5 dan i7 generasi ketujuh Kaby Lake. Dari segi memori dan storan pula, tablet ini hadir dengan pilihan memori DDR4 4GB sehingga 16GB dan storan 128GB sehingga 1TB.

Sebuah Tablet Microsoft Surface Pro ini bermula daripada RM3699 untuk konfigurasi Intel Core m3 dengan storan 128GB dan memori DDR4 4GB, manakala konfigurasi Intel Core i7, storan 512GB dan memori DDR4 16GB dengan papan kekunci Type Cover boleh dibeli untuk harga RM10,666.

Di kedai atas-talian Lazada, mereka yang berminat untuk membeli tablet ini mempunyai pilihan untuk sama ada membeli tablet sahaja ataupun membelinya bersama-sama dengan papan kekunci Type Cover yang berharga RM669 dan juga stylus Surface Pen yang bernilai RM229.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Tablet Microsoft Surface Pro Terbaru Kini Boleh Dibeli Di Lazada – Bermula Pada Harga RM3699

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×