Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Celcom Hadir Dengan Pelan FIRST Khusus Untuk Keluarga – GBShare Family Device Bundle

Secara umumnya trend penggunaan data pada pengguna telefon pintar Boleh dikatakan berkadar langsung dengan umur pengguna. Jika selepas mendapatkan kerja pertama sewaktu menunggu SPM sehingga anda tamat universiti, anda mungkin sedang menggunakan pelan prabayar. Kemudian sampai waktu anda mampu bekerja dan menyara diri, mungkin anda telahpun bertukar menggunakan pascabayar.

Namun dilema mungkin timbul apabila anda mula berkongsi hidup dengan yang tersayang, dan memulakan rumahtangga. Atau mungkin anda ingin membelikan pakej terbaik untuk ibu bapa anda dan juga untuk seluruh ahli keluarga anda. Disini mulanya persoalan berkenaan perbelanjaan hidup. Sedikit sebanyak faktor langganan pelan prabayar mahupun pascabayar menjadi satu keputusan penting yang perlu diambil berat.

Jika dahulu kami telahpun berkongsi mengenai pelan Celcom FIRST yang kini membawakan kemaskini dengan tawaran lebih data untuk pengguna, minggu ini kami akan berkongsi dengan anda berkenaan promosi peranti terkini dalam tempoh terhad sempena musim perayaan ini dari Celcom.

Menerusi promosi ini, ia terbahagi kepada dua, iaitu untuk 3 ahli keluarga dan juga untuk 6 ahli keluarga. Untuk kedua-duanya, pengguna boleh memilih sama ada FIRST Gold Plus atau FIRST Gold Platinum.

Jika anda mempunyai keluarga kecil, atau ingin berkongsi talian sekitar 3 orang sahaja, anda boleh menggunakan pilihan 3 talian dan memperoleh 44GB Internet yang boleh dikongsi bersama ahli keluarga. Untuk pilihan ini, bayaran bulanan isi rumah untuk penggunaan ini hanyalah sebanyak RM 194.

Anda juga boleh memilih peranti-peranti yang diinginkan, dengan cara membayar bayaran tambahan berbeza mengikut peranti. Seperti contoh jika anda ingin membeli dua unit iPhone 6 32GB, anda hanya perlu membayar RM 1,459 sahaja. Berikut merupakan gambarajah kombinasi peranti untuk tawaran Celcom FIRST Gold Plus dengan GBShare.

Sekiranya anda menginginkan lebih data, anda boleh melanggan Celcom FIRST Platinum dengan kuota data sehingga 64GB. Dengan tiga talian, setiap satunya boleh menggunakan sehingga 20GB pada harga yang lebih murah iaitu RM 246 berbanding tawaran secara individu.

Jika anda menggunakan Celcom FIRST Platinum dan inginkan peranti dari GBShare Device, kebanyakan peranti ditawarkan pada harga yang lebih murah, seperti contoh Oppo R9s boleh dimiliki pada harga RM 299 dan dua unit iPhone 6 32GB dapat dimiliki pada harga RM 1,089. Berikut merupakan gambarajah untuk tawaran peranti bagi mereka yang melanggan Celcom FIRST Platinum dengan GBShare.


Jika anda mempunyai keluarga besar, Celcom turut menyediakan promosi peranti yang bersesuaian sehingga 6 talian. Dengan 6 talian ini, anda hanya perlu membayar sejumlah RM 390 sebulan. Jika dibahagikan secara sama rata, setiap talian adalah bernilai RM 65 namun dengan capaian data 70GB yang boleh diagihkan mengikut kesesuaian pengguna.

Berbeza dengan penawaran 3 talian, lebih banyak kombinasi peranti yang ditawarkan sekiranya anda memilih 6 talian. Malah anda boleh memilih kombinasi 1 unit iPhone 7 32GB dengan 3 unit iPhone 6 32GB pada harga RM 4,199


Bagi kedua-dua Celcom FIRST Platinum dan juga Gold Plus, untuk menambah talian yang menggunakan fungsi GBshare, anda hanya perlu menambah RM 48 untuk setiap talian tambahan namun jumlah ini adalah jauh lebih berbaloi dari penawaran syarikat telekomunikasi yang lain. Hal ini dapat dibuktikan dari jumlah harga langganan dan juga jumlah tawaran yang diberikan oleh Celcom berbanding yang lain. Anda juga akan menerima panggilan dan penggunaan WhatsApp serta WeChat tanpa had.

Dengan penawaran GBshare untuk pelanggan Celcom FIRST Gold Plus dan Celcom FIRST Platinum yang lebih mampu milik, tiada lagi sebab kenapa anda perlu menggunakan internet seorang diri. Dari segi perbelanjaan, anda akan membayar harga pelan tersebut pada harga yang lebih rendah berbanding melanggan secara berseorangan.

Dan buat masa terhad, tawaran peranti ini berlangsung bermula 9 Jun sehingga 31 Julai 2017. Tempoh yang panjang ini membolehkan anda memikir dan membuat keputusan dengan bijak, disamping memperoleh peranti yang baharu dan terkini di pasaran.

Untuk maklumat lanjut berkenaan fungsi GBshare dan promosi peranti, anda boleh melayari laman rasmi Celcom atau hadir ke pejabat cawangan Celcom yang berdekatan.

Langgan dengan bijak: Fungsi GBshare Family Device Bundle untuk Celcom FIRST Gold & Celcom FIRST Platinum

Penafian: Advertorial dari Celcom





This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Celcom Hadir Dengan Pelan FIRST Khusus Untuk Keluarga – GBShare Family Device Bundle

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×