Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Facebook Mengubah Misi Kepada Merapatkan Komuniti Seluruh Dunia

Facebook sebelum ini beroperasi dengan Misi untuk “menghubungkan seluruh dunia”. Dengan angka pengguna aktif hampir 2 bilion, kini Mark Zuckerberg mengumumkan perubahan kepada misi utama mereka, dan mengatakan kini misi utama Facebook adalah untuk “merapatkan komuniti seluruh dunia”.

Berkongsi lanjut mengenainya, Mark Zuckerberg mengatakan kini Facebook ingin memberikan kuasa dan keupayaan kepada pengguna dalam membangunkan komuniti, dan pada masa yang sama merapatkan seluruh dunia.

Mark mengatakan dengan lebih ramai berhubung, kita boleh bersatu dalam mengatasi pelbagai cabaran, termasuk untuk mengatasi kemiskinan, mengubati penyakit, menghentikan keganasan dan sebagainya.

Bersama-sama dengan pengumuman misi baru laman sosial berkenaan, Mark Zuckerberg turut memperkenalkan sejumlah ciri-ciri baru khusus untuk pembangunan komuniti melalui beberapa fungsi baru pada Facebook Groups.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Facebook Mengubah Misi Kepada Merapatkan Komuniti Seluruh Dunia

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×