Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Razer Membuat Pelaburan Strategik Pada MOL

MOL merupakan salah satu platform pembayaran untuk pembelian atas-talian atau fizikal yang popular bukan sahaja di Malaysia, tetapi di sejumlah negara-negara membangun. Terkini, Razer Membuat Pelaburan Strategik pada MOL, sekaligus membolehkan kedua-dua pihak dalam meneruskan kerjasama dan membangunkan arena platform pembayaran dan juga Mata Wang Digital Razer.

Razer membeli pegangan sebanyak 19.9% pada MOL untuk tujuan berkenaan, dan kedua-dua syarikat akan berkongsi teknologi dalam arena tekwang (teknologi kewangan / FinTech).

Pada masa yang sama, Razer juga turut melantik MOL untuk mengedarkan mata wang digital, zGold mereka di rantau Asia Tenggara, sekaligus memudahkan pembelian kandungan daripada MOL menggunakan mata wang zGold, selain turut membeli dan menambah-nilai zGold di lebih 1 juta lokasi sekitar Asia Tenggara.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Razer Membuat Pelaburan Strategik Pada MOL

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×