Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Instagram Menambah Kebolehan Memainkan Semula Video Siaran Langsung Untuk Tempoh 24 Jam

Instagram sedia menawarkan kebolehan membuat penstriman langsung melalui aplikasi mereka, tetapi video Siaran Langsung akan hilang secara automatik apabila penstrim video berkenaan menamatkan siaran mereka.

Perkara ini mungkin membuatkan pengikut anda tertinggal untuk mengikuti sesuatu perkara, dan untuk penstrim pula, mungkin anda kehilangan beberapa kandungan.

Kini, dalam membolehkan sesuatu video siaran langsung dimainkan semula melalui ciri Replay. Untuk tujuan ini, ia bergantung kepada pemilik seseuatu penstrim siaran langsung berkenaan, dimana apabila tamatnya siaran, mereka akan diperlihatkan dengan butang perkongsian.

Sekiranya anda memilih untuk berkongsi, maka video siaran langsung berkenaan akan diterbitkan pada Instagram, dan boleh ditonton oleh pengikut anda untuk tempoh 24 jam akan datang – lebih kurang seperti Instagram Stories.

Penonton siaran ulangan ini turut boleh melihat komen daripada pengguna lain ketika siaran langsung berlaku, selain turut boleh mempercepatkan video dengan tap pada bahagian kanan.

Dengan pengenalan ciri baru ini, Instagram turut mengumumkan yang mana kini mereka mempunyai lebih 250 juta pengguna aktif Instagram Stories setiap hari.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Instagram Menambah Kebolehan Memainkan Semula Video Siaran Langsung Untuk Tempoh 24 Jam

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×