Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Asus Sedang Mempersiapkan Telefon Pintar Baru Dengan Dwi-Kamera

Asus sedia terkenal dengan penawaran telefon pintar berspesifikasi pertengahan mereka, dan kini pengeluar dari Taiwan berkenaan dilihat sedang dalam persiapan memperkenalkan sebuah Peranti baru dengan dwi-kamera di bahagian belakang.

Melalui pengesahan yang diterima di China, Peranti Ini disenaraikan dengan nama model Asus X015D. Ia dilihat membawakan skrin bersaiz 5.5-inci, dilengkapi memori sehingga 4GB RAM, dan ruangan storan sehingga 64GB. Menjana Peranti Ini Juga adalah cip pemprosesan lapan-teras 1.5GHz.

Apa yang mencuri perhatian adalah dimana telefon pintar ini menggunakan dwi-kamera pada bahagian belakang, menjadikan ia peranti kedua Asus yang menggunakannya, selepas Zenfone 3 Zoom yang dipasarkan pada tahun ini. Peranti ini juga dilihat menggunakan bateri 4850mAh, selain Android 7.0 Nougat.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada peranti ini hanya khusus untuk pasaran China sahaja, atau akan dibuka untuk pasaran global juga.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Asus Sedang Mempersiapkan Telefon Pintar Baru Dengan Dwi-Kamera

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×