Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Rekaan OnePlus 5 Tertiris – Tiada Lagi Bicu Audio

Beberapa maklumat mengenai OnePlus 5 mula didengari dan kali terakhir ia dikatakan bakal dilengkapi sistem dwi-kamera. Kepopularan sistem kamera berkembar ini memaksa OnePlus untuk mengikut trend semasa. Rekaan peranti ini akhirnya tertiris dan ia sah akan mempunyai sepasang kamera.

Tetapi paling menarik sekali bagi kami ialah apa yang tidak disertakan. Dari gambar di atas anda pasti menyedari tiada Bicu Audio 3.55mm yang sebelum ini diletakkan pada bahagian bawah peranti. Ruang bicu audio kini digantikan dengan kekisi pembesar suara. Apple, HTC dan LeEco ialah tiga syarikat yang “berani” membuang bicu audio. Kini tiba giliran OnePlus pula.

Persoalannya sekarang apakah pula reaksi peminat peranti OnePlus kelak? Kami mempunyai beberapa peranti tanpa bicu audio 3.5mm dan harus diakui kami merasakan bicu audio adalah lebih mesra pengguna dari membawa penyesuai sepanjang masa.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Rekaan OnePlus 5 Tertiris – Tiada Lagi Bicu Audio

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×