Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

OnePlus Dan DxO Bekerjasama Untuk Menawarkan Pengalaman Fotografi Baik Pada OnePlus 5

Pihak Oneplus sebelum ini telah mengesahkan mereka bakal hadir dengan telefon pintar baru, OnePlus 5 pada tahun ini. Hari ini, pengeluar peranti berkenaan turut mengumumkan yang mana mereka akan bekerjasama dengan DxO untuk Menawarkan Pengalaman Fotografi dan kamera yang baik pada telefon pintar OnePlus 5 kelak.

Ramai sedia mengenali akan DxO kerana ujian penanda aras untuk kamera mereka melalui DxOMark. Ia sering menjadi salah satu metrik khusus dalam rujukan ramai untuk penawaran kamera pada peranti mudah-alih. DxO juga turut popular dengan penawaran kamera khusus iPhone yang dinamakan sebagai DxO One sebelum ini.

Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah kerjasama antara Oneplus Dan Dxo ini akan berfungsi.

Baru-baru ini, pihak HTC telah mengumumkan yang mana telefon pintar HTC U11 mereka menerima skor tertinggi di pasaran pada hari ini, iaitu sebanyak 90. Mungkinkah kita akan melihat skor yang lebih tinggi melalui OnePlus 5 kelak?



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

OnePlus Dan DxO Bekerjasama Untuk Menawarkan Pengalaman Fotografi Baik Pada OnePlus 5

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×