Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Samsung Gear 360 (2017) Berharga RM999, Gear VR RM499, Samsung Dex RM459

Samsung sedia mengumumkan penawaran Galaxy S8 dan Galaxy S8+ untuk pasaran tempatan sebelum ini, dan kini dengan tarikh pelancaran Samsung Galaxy S8 yang semakin hampir, iaitu pada 5 Mei, pihak Samsung Malaysia turut berkongsi lanjut mengenai penawaran beberapa aksesori untuk pasaran tempatan.

Antara aksesori yang turut akan ditawarkan adalah termasuk Samsung Gear 360 yang baru, Samsung Gear VR dengan alat kawalan, dan juga Samsung DeX.

Samsung Gear 360 baru hadir dengan sokongan rakaman video pada resolusi 4K, selain dilengkapi dengan kebolehan menstrim kandungan secara langsung ke beberapa perkhidmatan sosial. Di Malaysia, Samsung Gear 360 akan dijual pada harga RM999.

Samsung Gear VR baru pula hadir dengan sokongan alat kawalan mudah-alih terbina bagi membolehkan pengguna menikmati kandungan realiti-maya dengan lebih interaktif lagi. Gear VR dengan alat-kawalan ini berharga RM499 di Malaysia.

Dan akhir sekali, penyambung Galaxy S8 kepada monitor, iaitu Samsung DeX akan dijual di Malaysia pada harga RM459 di Malaysia. Melaluinya, pengguna boleh menggunakan telefon pintar mereka, dan menyambung ia kepada monitor besar, serta menggunakan ia sebagai sebuah komputer.

Samsung Malaysia mengatakan semua pembeli Galaxy S8 dan Galaxy S8+ boleh mendapatkan aksesori tambahan ini pada harga potongan 50%. Walaubagaimanapun, potongan harga ini seperti tidak ditawarkan untuk pembeli Samsung DeX.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Samsung Gear 360 (2017) Berharga RM999, Gear VR RM499, Samsung Dex RM459

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×