Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

DJI Dan Hasselblad Melancarkan Sistem Dron Dengan Kamera 100-Megapixel

Pada Januari lalu DJI dilaporkan menjadi pemegang saham majoriti di dalam syarikat pengeluar Kamera terkemuka Hasselblad. Kedua-dua syarikat ini bergabung tenaga untuk menghasilkan sistem dron kamera paling berkuasa dengan kamera sebesar 100-Megapixel.

Dron DJI M600 Pro, gimbal Ronin-MX dan kamera Hasselblad H6D-100 kini hadir sebagai pakej lengkap untuk kegunaan pengguna profesional. Teknologi terbaik dron DJI dengan sistem kamera terbaik Hasselblad ini menjanjikan kualiti fotografi terbaik pernah dihasilkan untuk platform dron. Ia hanya akan mula dijual pada suku ke-tiga 2017. Harga jualan masih belum diumumkan setakat ini tetapi pastinya pada tahap harga yang premium.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

DJI Dan Hasselblad Melancarkan Sistem Dron Dengan Kamera 100-Megapixel

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×