Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Celcom Setapak Ke Arah 5G – Memperkenalkan Lightning Fast LTE Dengan Kelajuan Lebih 400Mbps

Dalam menuju era 5G, kelajuan dan kestabilan capaian data merupakan satu perkara yang penting disediakan oleh syarikat telekomunikasi. Hari ini Celcom telahpun memperkenalkan kelajuan terbaru mereka yang diberi nama Lightning Fast LTE.

Dalam pengkelasan capaian mereka, terdapat tiga jenis capaian 4G LTE yang disediakan Celcom iaitu 4G LTE, 4G Lte Advance dan Lightning Fast LTE Advance. Lightning Fast LTE Advance membawakan kelajuan melebihi 400mbps namun tertakluk kepada keupayaan peranti.

Hanya peranti-peranti tertentu sahaja yang Menyokong Kelajuan Ini antaranya Huawei P10 Plus dan juga Samsung Galaxy S8. Peranti-peranti yang bakal memasuki pasaran tempatan juga bakal menyokong capaian ini, namun ia dilihat lebih kepada peranti dengan spesifikasi tertinggi. Malah pihak Celcom turut menyatakan peranti Sony yang bakal hadir ke pasaran turut menyokong kelajuan ini.

Capaian Lightning Fast LTE Advance ini akan diluaskan secara berperingkat bermula dari Lembah Klang sehingga ke bandar lain dan dijangka sedia untuk digunakan semua pengguna bermula bulan Ogos tahun ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Celcom Setapak Ke Arah 5G – Memperkenalkan Lightning Fast LTE Dengan Kelajuan Lebih 400Mbps

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×