Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Facebook Kini Membolehkan Anda Membuat Penstriman Langsung Melalui Desktop

Facebook sebelum ini telah menawarkan sokongan Penstriman Langsung Melalui Facebook Live pada peranti mudah-alih, dan kini perkhidmatan sama turut diperluaskan kepada pengguna desktop seluruh dunia.

Melalui ciri terbaru ini, ia membolehkan anda yang mempunyai desktop atau komputer riba dengan sokongan webcam untuk membuat penstriman langsung melalui platform berkenaan. Seperti biasa, pengguna turut boleh mengintegrasikan pelbagai kamera daripada sudut berbeza untuk menghasilkan kualiti penstriman lebih baik.

Ciri penstriman melalui desktop ini telah ditawarkan untuk Facebook Pages sebelum ini, dan kini ia diperluaskan kepada semua pengguna seluruh dunia.

Selain hanya penstriman biasa, Facebook turut dilihat menyasarkan pengguna untuk membuat penstriman langsung permainan video mereka melalui Facebook Live di desktop.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Facebook Kini Membolehkan Anda Membuat Penstriman Langsung Melalui Desktop

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×