Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

(Ura-Ura) iPhone 8 Akan Mempunyai Rekaan Seperti iPhone Generasi Pertama

Sepuluh tahun. Ya pejam celik tahun ini Iphone akan menyambut ulang tahun pelancarannya yang ke sepuluh. Pelbagai ura-ura didengari mengenai peranti yang amat dinantikan kemunculannya ini. Antara yang didengari setakat ini ialah penggunaan skrin AMOLED, sistem pengecasan tanpa wayar dan skrin lengkung pada model iPhone Edition.

Kini menurut laporan ET News, iPhone yang dilancarkan tahun ini akan mempunyai Rekaan yang menyerupai Iphone Generasi Pertama. Rekaan panel belakang yang melengkung pada kesemua sisi iPhone asal akan dikembalikan. Rekaan ini dihentikan selepas iPhone 4 dilancarkan pada tahun 2010. Keseluruhan panel belakang ini akan diperbuat daripada kaca. Ini berbeza dari bahan plastik yang digunakan sebelum ini. Adakah rekaan yang kembali kepada fitrah asal iPhone ini akan menarik minat anda?



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

(Ura-Ura) iPhone 8 Akan Mempunyai Rekaan Seperti iPhone Generasi Pertama

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×