Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

SENIWATI MAHYON ISMAIL PULANG KEPADA ALLAH S.W.T



Baru sahaja dunia seni tanah air kehilangan dua bintang besar iaitu Arwahyarham Aimi Jarr dan Arwahyarhamah Datin Orchid Abdullah, hari ini seorang lagi bintang vateran telah pergi meninggalkan dunia iaitu Arwahyarhamah Mahyon Ismail.

Seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Binti Ismail telah meninggal dunia pada pukul 1 tengah hari tadi di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.

Beliau yang juga ibu kepada pelakon popular Faizal Hussein dan juga isteri kepada Arwahyarham seniman Hussein Abu Hassan dilaporkan tidak mengalami sebarang kesakitan krikal sebelum ini selain diabetis.

Namun beliau difahamkan mengalami gangguan kesihatan malam semalam kerana demam panas dan batuk-batuk, dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Allahyarhamah pergi meninggalkan tiga orang cahaya mata iaitu, Faizal Hussein, Fairuz Hussein, dan juga Dilla Hussein, beliau juga baru sahaja tamat penggambaran drama Terapah Bulan Madu di bawah Skop Production pada minggu lepas

Jenazah akan dimandikan di Madrasah sekitar Gombah dan dijangkan akan dikebumikan di Tanah perkuburan Ibu Kota, Danau Kota, selepas waktu Asar.

Source: www.lagubaru.net/


This post first appeared on Facts And Weirds, please read the originial post: here

Share the post

SENIWATI MAHYON ISMAIL PULANG KEPADA ALLAH S.W.T

×

Subscribe to Facts And Weirds

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×