Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

FAKTOR-FAKTOR PENYUSUNAN BILIK DARJAH


Faktor-Faktor Penyusunan Bilik Darjah

3.1       FAKTOR FIZIKAL

Bilik darjah yang baik dan kondusif adalah sangat baik dalam proses pembelajaran dan Juga pengajaran bagi murid dan juga Guru. Ia amat mempengaruhi keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran itu. Guru sepenuhnya bertanggungjawab terhadap penampilan dan keselesaan bilik darjah. Murid juga dapat membantu guru bagi menjayakan proses tersebut. Guru seharusnya perlu mengambil berat terhadap penyusunan meja guru dan juga pelajar di dalam sesuatu kelas itu bagi memastikan keadaan kelas itu tersusun dan tidak mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran. Faktor ini amat penting kerana ia amat mempengaruhi keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Pada zaman dahulu, meja guru biasanya terletak di hadapan bilik darjah. Keadaan ini memberi gambaran guru sebagai seorang pemerintah yang menguasai semua muridnya. Di kedudukan ini, semua murid dapat melihat guru, dan meja guru jelas kelihatan dari pintu darjah.  Penyusunan meja murid bergantung kepada umur dan keperluan murid. Ia juga harus ditentukan oleh guru. Satu cara paling mudah ialah mengaturkan tempat duduk mengikut giliran abjad nama murid. Dalam bilik darjah yang bercampur lelaki dan perempuan, penyusunan seperti ini akan mengurangkan masalah disiplin kerana murid- murid yang sama jantina biasanya suka berinteraksi bersama dan keadaan ini menggalakkan tingkahlaku nakal. Penyusunan kerusi dan meja murid dalam bilik darjah yang berbeza kebolehannya perlu dikawal dan ditentukan oleh guru kerana penyusunan ini ialah cara mengawal disiplin  dan dengan cara itu guru harus memisahkan murid- murid yang perlu dipisahkan atau membiarkan murid yang perlu berseorangan.

Susunan tempat duduk murid juga hendaklah menghadap kepada guru di hadapan kelas dan juga berhadapan dengan papan hitam ataupun papan putih bagi memudahkan proses pembelajaran. Seperti contohnya, penyusunan seperti ini  memudahkan pelajar fokus kepada guru yang sedang mengajar dan murid juga akan dapat menyalin nota yang ditulis oleh guru di papan hitam. Selain itu juga, guru juga dapat melhat dengan jelas tingkah laku yang dilakukan oleh murid-murid dalam kelas tersebut. Selain itu juga. Sistem  penggiliran juga harus diamalkan supaya murid-murid dapat bertukar kedudukan dan dapat merasakan keadaan bagaimana suasana duduk di depan mahupun di belakang. Ini menunjukkan keadilan kepada setiap murid. Selain itu juga, guru pula boleh meletakkan pelajar yang lemah di bahagian  depan bagi memudahkan pemantauan guru terhadap pelajar tersebut dan guru juga boleh mengurangkan masalah disiplin di kalangan pelajar apabila kedudukan pelajara ditentukan oleh guru seperti meletakkan pelajar yang nakal di bahagian hadapan.

Penyusunan rak buku, papan kenyataan dan almari serta perabot-perabot yang lain harus berada pada tempat yang betul supaya ia tidak mengganggu proses pembelajaran pelajar-pelajar di kelas tersebut. Seperti contohya, rak buku harus diletakkan di belakang kelas supaya ia tidak mengganggu proses pengajaran buku di hadapan kelas seperti menghalang penglihatan murid untuk melihat papan hitam di hadapan kelas dan juga tidak menghalang penglihatan guru untuk melihat tingkah laku pelajaranya. Susunan buku di dalam rak itu juga haruslah sentiasa kemas dan tidak bersepah. Ini akan memudahkan pelajar untuk membuat rujukan apabila diperlukan. Susunan rak dan juga papan kenyataan yang betul juga akan menampakkan yang susunan kelas itu teratur dan akakn menampakkan kecerian kelas tersebut.



Seterusnya faktor yang paling penting ialah suasana am bilik darjah. Guru boleh menghiasi bilik darjah dengan berbagai gambar dan lukisan yang berwarna warni yang berkaitan dengan pelajaran murid-murid. Ini akan membantu murid-murid memahami sesuatu pelajaran dengan cepat dengan adanya lukisan ataupun gambar tersebut. Ini juga dapat membantu mereka supaya tidak merasa bosan  ketika belajar. Gambar ini  haruslah ditukar dari semasa ke semasa supaya pelajar tidak merasa bosan kerana setiap masa melihat gambar yang sama sahaja. Langsir bagi tingkap juga serta bunga juga boleh diletakkan dalam bilik darjah supaya bilik darjah tersebut nampak lebih menarik dan juga ceria. Murid-murid pada usia ini iaitu sekolah rendah mudah tertarik dengan benda-benda yang bewarna warni dan cantik. Guru juga boleh membuat carta tempat duduk pelajar di dalam kelas dan ini akan memudahkan guru untuk mengenalpasti pelajar-pelajar di dalam kelas tersebut. Ini akan lebih mengeratkan lagi hubungan antara guru dan pelajar dan pelajar juga akan merasa dihargai apabila guru mengenali mereka dengan lebih rapat.    
Faktor yang seterusnya ialah saiz dan iklim bilik darjah. Suasana dan fizikal bilik darjah juga melibatkan keadaan cahaya , kelembapan dan juga suhu. Suasana bilik darjah yang harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuknya. Guru perlu bijak dalam menggunakan pendekatan- pendekatan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah berlandaskan tahap perkembangan murid. Iklim dalam bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid dan guru dalam bilik darjah tersebut. Guru perlu memastikan lampu bilik darjah cukup terang dan peredaran udara yang baik. Ini amat penting kerana ia akan memberi kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Seperti contohnya, jika lampu di dalam kelas malap dan tidak cukup terang, kemungkinan para pelajar akan merasa terganggu ketika membaca buku teks ataupun sumber-sumber bacaan yang lain. Pelajar juga selain itu tidak akan dapat melihat dengan jelas apa yang ditulis oleh guru mereka di hadapan kelas. Jika pengudaraan di dalam kelas tidak sempurna, pelajar akan berasa rimas kerana tidak mendapat udara yang cukup dan juga akan mendatangkan kesan buruk terutamanya kepada pelajar yang menghidap penyakit seperti asma dan masalah pernafasan.
Kebersihan bilik darjah juga harus diambil berat oleh guru kelas. Kebersihan kelas amat penting bagi memastikan murid merasa selesa belajar di dalam kelas tersebut. Suasana kleas yang kondusif akan dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar tanpa merasa bosan.
Antara faktor  lain yang harus diambil penekanan oleh guru ialah faktor kesihatan pelajar.kesihatan pelajar merupakan faktor utama dalam keberkesanan pembelajaran murid tersebut. Pelajar yang mempunyai masalah kesihatan haruslah diletak di bahagian depan kelas dan paling dekat dengan pintu ataupun meja guru. Seperti contohnya, pelajar yang mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit sawan,jika pelajar ini diletakkan  dekat dengan pintu ini akan memudahkan membawa pelajar tersebut ke hospital jika penyakitnya tiba-tiba datang.
Dari aspek pengurusan bagi mewujudkan iklim sosial, guru hendaklah merancang pergerakan pelajar, tingkahlaku pelajar di dalam kelas semasa guru mengajar, mewujudkan kumpulan perbincangan, bertanyakan soalan, berbudi bahasa, mengadakan prosedur dalam peminjaman dan pemulangan peralatan pembelajaran. Manakala dalam  aspek pengurusan bagi mewujudkan iklim emosi pula, guru perlu memiliki kemahiran komunikasi dan kelucuan penuh dengan budi bahasa untuk mewujudkan kemesraan dan empati di samping mengendurkan perasaan takut dan suasana tegang di kalangan pelajar. Ganjaran dan pujian merupakan salah satu cara yang dapat memotivasikan pelajar.
            Alat Bantu Mengajar dan Bahan Bantu Mengajar juga merupakan faktor utama dalam penyusan bilik darjah. Bahan dan alat bantu mengajar yang wujud di dalam kelas harus disusun dengan teratur bagi  memudahkan penggunaanya semasa proses pengajaran dan juga pembelajaran. Antara bahan dan alat bantu mengajar yang perlu ada adalah seperti komputer, alat pemancar (LCD), radio.televisyen,kad-kad grafik dan sebagainya lagi. Dengan adanya alat dan bahan ini, para pelajar akan merasa lebih bersemangat untuk belajar. Tempat penyimpanan ataupun storage juga boleh diwujudkan bagi menyimpan bahan dan juga alat ini. Ini akan dapat mengelakkan berlakunya limpahan barang dan juga alat di dalam kelas. Alat dan juga bahan yang tidak digunakan harus disimpan di dalam storage supaya kelas kelihatan tersusun rapi


This post first appeared on AIR NESLO BENG, please read the originial post: here

Share the post

FAKTOR-FAKTOR PENYUSUNAN BILIK DARJAH

×

Subscribe to Air Neslo Beng

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×