Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

SNAPTU APLIKASI INTERNET SEMUA DALAM SATU

Dunia teknologi masa kini sudahpun berada pada peringkat evolusi yang kita sangat nanti-nantikan. Memiliki Telefon mudah alih yang canggih, mahal, dan rekabentuk telefon yang hebat, sudah menjadi trend wajib pada kebanyakan insan di muka bumi ini. Ada yang memiliki telefon super canggih tetapi tidak memanfaatkan sepenuhnya kehebatan pada telefon mereka. Bayangkan mereka yang memiliki telefon canggih, tetapi masih melakukan kerja-kerja tertentu pada laptop ataupun komputer mereka.

Nash : Khai, aku ada post something (sesuatu) untuk kau dalam FB.
Khai : Kalau ya pun, tunggulah aku sampai rumah.
Nash : Oooo Kena guna komputer dan internetlah pula kan?
Khai : Tahu tak apa. Jom Minum teh tarik.

Kan lebih afdal dan seronok jika boleh semak status pada Facebook, atau apapun maklumat melalui internet ketika kita sedang menikmati minuman kegemaran kita. Apatah lagi jika ianya boleh diakses Melalui Telefon Bimbit. Memang boleh menggunakan komputer riba atau laptop (itupun kalau ada WIFI). Bukankah penggunaan telefon bimbit adalah lebih praktikal pada situasi seperti diatas?

Apakah pula hubungkait situasi diatas dengan Snaptu? Lebih penting lagi apakah SNAPTU?

Snaptu adalah merupakan aplikasi java yang didatangkan dengan Pelbagai keseronokan dan aplikasi yang berguna. Dari sini anda boleh mengetahui berita daripada laman web, disamping berkongis maklumat melalui 2 rangkaian sosial (Sosial Networks) yang terkemuka iaitu Facebook dan Twitter.

Bagai mana pula cara menggunakan Snaptu?

PERTAMA

Setelah selesai proses pemasangan (Installation Process) diminta untuk menyambungkan aplikasi ini ke internet untuk membolehkannya berfungsi.

KEDUA

Pilih aplikasi yang anda hendak gunakan, semua keperluan pelayaran anda disediakan dalam versi mobile secara semulajadi (Automatik). Contoh terbaik adalah seperti paparan dibawah.

APA LAGI YANG BOLEH DILAKUKAN?

Anda juga boleh menambah pelbagai aplikasi internet pada menu singkatan (shortcut) Snaptu. Dengan erti kata lain, anda boleh memaksimumkan penggunaan internet dengan yang sangat efisien.

Salah satu kelebihan yang ada pada snaptu adalah ICON yang mudah difahami. Pengendalian snaptu hanya memerlukan butang D-Pad.
capaian ke internet yang sangat Cepat dan mudah melalui telefon bimbit anda berfungsi pada ratusan jenis telefon

APA LAGI YANG ADA PADA SNAPTU?

Friendster

Ikuti perkembangan sosial terkini walau dimana Jua Anda Berada. Jangan ketinggalan dan kongsi maklumaat sesama rakan.  Dapatkan berita dan kemaskini status, semak dan komen profil rakan anda, Tulis Dan Baca mesej.

Twitter

Lihat perkembangan sesama rakan, tulis twits baru, membalas semula twits, Tulis dan baca mesej peribadi, lihat pengikut serta senarai pengikut dan banyak lagi….

Picasa

Pelayar gambar picasa – Mengintai laman album umum dan peribadi, serta mencarian gambar melalui telefon bimbit anda

News & Blogs

Pembaca RRS – baca ruangan dan blog kegemaran anda, tulis sesuata pada Facebook, Twitter atau hantar melalui email pada bila-bila masa dan Dimana Jua Anda berada

Cricinfo

Berita perlawanan kriket, Kemaskini, dan live score….

Lagi?…….. inilah kemudahan yang disediakan melalui Snaptu:-

Aplikasi
Travia, TopSportsCampus, AcuWheather.com, Reuters News Reader,News&Blog, The Big Picture, London Tube, Twitter, Flickr, BBc News Reader, The Guardian News Reader, Google Calendar, Sudoku, Picasa, Facebook, Live Football Score, MyMovies, London Pub Guide, Europe Concert Tickets, Cricket Scores & News, Dictionary, Uk TV Guide.

Web Links
Nimbuzz, WeFi, Google, Photobucket, MySpace, Orkut, Getjar, Mobango, Multiply, Netlog, Yahoo, ESPN, NBA, ASK, Youtube, Linkedin, Friendster, Opentable, Last.fm, Gmail, Hi5, Wikipedia, eBay, Bebo

Berikut adaalah beberapa screenshot untuk aplikasi Snaptu




This post first appeared on FATZ 22 | GAJET BERKOMPUTER MALAYSIA, please read the originial post: here

Share the post

SNAPTU APLIKASI INTERNET SEMUA DALAM SATU

×

Subscribe to Fatz 22 | Gajet Berkomputer Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×