Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pengiklanan FB membuka Peluang Tidak Berbatas

Facebook mempunyai 2.01 bilion pengguna yang aktif. Bagi pemasar online, pengetahuan ini memberi peluang yang tidak berbatas

Ramai pemasar masih menggunakan cara organik untuk mendapatkan tindakbalas tetapi tren yang menampakkan pulangan modal adalah dengan menggunakan pengiklanan Facebook (PPC). Sebelum ini Adwords didahulukan dalam strategi pemasaran tetapi kini Facebook sama tandingannya.

Pengenalan

Lalui dulu proses pengenalan platform PPC Pilihan sebelum membelanjakan duit peruntukan pemasaran, samaada ianya BING, ADWORDS ataupun Facebook. Proses pengenalan akan membantu memberi pulangan yang memberangsangkan. Ia juga boleh memastikan anda tidak membazir bajet pemasaran. Bagi mereka yang belum pernah menggunakan Facebook PPC, mungkin blog post ini boleh memberi sedikit pencerahan. Bagi yang sudah biasa, pula saya alu alukan perkongsian pengalaman untuk manfaat semua.

Buat yang sudi membaca, dan yang sering menanyakan langkah langkah pengiklanan di Facebook, mari kita bersama sama cuba lakukannya disini, Inshaallah ianya nanti akan memberi anda kempen pengiklanan yang berjaya.

Sedia?

Baik mula-mula sekali, pilihlah objektif pengiklanan. Kebiasanya apabila menggunakan ADWORDS objektifnya memang satu iaitu memandukan trafik ke laman arahan. (landing page). Platform Facebook pula agak berbeza dari ini, kerana ia memberikan beberapa pilihan. Ya, platform FACEBOOK agak berbeza dari ADWORDS kerana ianya memberi beberapa objektif pengiklanan dan bukan satu itu sahaja.

Antara objektif yang disediakan Facebook untuk pengiklan adalah: 

Pengenalan Jenama/ (Building brand awareness)
Membina List Prospek/ (Generating leads)
Muat Turun Aplikasai / (Getting people to install your app)
Menarik Pengunjung / (Getting store visits)


Sesi brainstorming perlu diadakan sebelum memulakan apa apa kempen pengiklanan, supaya anda dan semua yang terlibat tahu sebab utama mengapa sesuatu pengiklanan itu dilakukan. Ini penting dan akan mengaturkan pendekatan yang spesifik untuk mencapai matlamat.

Bila berada di laman 'Create Ad' anda akan nampak ini dahulu :


Contoh pilihan objektif kami harini adalah 'Engagement' >, iaitu untuk meningkatkan tindak balas. Yes sekiranya saya ingin mendapatkan lebih banyak 'like' untuk Facebook Page saya, maka saya akan Klik 'engagement' dan pilih 'page like' dan apabila saya klik butang 'continue'. Saya akan dibawakan ke laman ini...with me?



Ok, sekarang namakan kempen, sebagai contoh saya akan namakan : "Page Like iamesfair" kemudian pililhlah 'Facebook Page' untuk membuat iklan tu. Di laman ini juga anda harus pilih penonton anda. Buat pilihan berdasarkan lokasi, umur, jantina dan juga bahasa. Proses ini penting untuk anda sasarkan pengguna tegar produk atau servis anda. Pilihan yang lebih spesifik lagi bagus kerana kalau tidak anda mungkin kerugian wang bila penonton yang melihat pengiklanan anda itu penonton yang tidak berkelayakan ataupun tidak berkenaan. Saya juga berangapan bahawa jika anda punyai kedai, pastikan anda beri sedikit masa dan fikirkan dengan teliti bahagian ini sebelum mengisi maklumat. Ini kerana kedai, berada disesuatu lokasi dan pilihan yang tidak betul boleh menghadkan pencapaian pengiklanan nanti. Maka, pilihlah betul betul dan tahu kepada siapa yang anda ingin sampaikan pengiklanan anda itu.  

Setalah itu anda akan nampak pula “Detailed Targeting” dan “Connections.”


Fungsi “Detailed Targeting” adalah untuk memberi pendekatan yang lebih khusus pada penonton sasar pengiklanan anda. (lebih spesifik) Klik "Browse" dan anda boleh menapis penonton berdasarkan lokasi, minat, perangai dll. Untuk contoh saya, akan klik pada “Interests” > “Business and Industry” > “Marketing.” kerana saya ingin sasarkan iklan saya pada mereka yang ingin membaik pulih rekaan laman web mereka dan yang ingin meningkatkan trafik ke laman web mereka. Anda pula buatlah pilihan siapa penonton sasar anda, takpa ambil sebanyak masa yang anda inginkan dan perhatikan kesemua pilihan supaya pilihan akhir anda itu nanti adalah segmen pengguna FB yang cukup terpilih. 'highly specified segment of FB users'

Connections.

Sekarang pula anda boleh tambahkan 'hubugan' penonton berdasarkan pilihan pilihan berikut:

  • Laman Facebok (Facebook Pages)
    1. Mereka Yang Sukai Laman anda (People who like your page)
    2. Kenalan Mereka yang sukai laman anda (Friends of people who like your page)
    3. Elakkan pilihan mereka yang menyukai laman anda (Exclude people who like your page)

  • Apps
    1. Pengguna aplikasi desktop anda (People who used your desktop app
    2. Kenalan pengguna aplikasi desktop anda) Friends of people who used your desktop app
    3. Elakkan pilihan pengguna aplikasi desktop anda (Exclude people who used your desktop app)

  • Events
    1. Mereka yang berinteraksi dengan event anda (People who responded to your event)
    2. Elakkan mereka yang telahpun berinteraksi dengan event anda. (Exclude people who already responded to your event)


Placements

Untuk mempamerkan iklan, anda punyai 2 pilihan iaitu “Automatic Placements” dan “Edit Placements.



Jika anda baru sahaja bermula dengan Facebook Ads, pililh saja “Automatic Placements” bila sudah biasa nanti boleh cuba ubah pilihan pula di "Edit Placements". Setelah iklan anda diiklankan dan jikalau tidak berpuas hati nanti dengan CTR (click-through-rate) anda boleh ubah suai dan tukar sahaja pilihan di "Edit Placements"

Budget and schedule

Facebook memberi dua pilihan buat bajet perbelanjaan anda iaitu samaada mengguna Peruntukan Harian atau Peruntukan Selama Hidup. "Daily Budget” and “Lifetime Budget.”


HubSpot menerangkan perbezaan antaranya seperti berikut : 


  • Peruntukan Harian (Daily budget) : Pilihan ini baik sekiranya anda inginkan set iklan anda dijalankan tanpa henti dan berjalan seharian. Kegunaan Peruntukan Harian bermaksud Facebook akan memantau perbelanjaan harian. Had minimanya USD 1.00 sehari. Seelok eloknya peruntukan anda itu nanti mesti 2 kali CPC (cost-per-click) anda. 

  • Peruntukan Selama Hidup (Lifetime budget) : Pilihan ini baik jika anda ingin hadkan pengiklanan anda. Ini bermaksud Facebook akan memantau perbelanjaan selama mana had masa pilihan anda.

Sebagai permulaan saya cadangkan supaya mula dulu dengan bajet yang rendah. Setiap platform PPC ada selok beloknya yang perlu anda pelajari jadi beri sedikit masa juga ketepikan sedikit wang yang boleh dibelanjakan dalam 'test period'. Jangan pula letakkan bajet yang tinggi sebelum memahami dan mempelajari selok belok platform ppc pilihan anda.

Schedule.

Schedule pula memberi keutamaan untuk memilih samaada iklan anda berjalan terus tanpa henti ataupun memilih masa waktu, serta tarikh mula dan akhir. Jika anda ingin iklan anda jalan berterusan sahaja pilihlah pilihan itu ataupun tukar sahaja masa dan tarikh mengikut kehendak.


Mereka-bina Iklan

Langkah mula menjalankan pengiklanan di Facebook sudah pun diterangkan mari kita teruskan dengan proses mereka-bina iklan pula. "Creating your ad". Pilihannya dua sahaja samada ingin gunakan post yang tersedia ada ataupun reka yang baru. Sekiranya anda ingin mempromosikan post yang telah anda terbitkan di Facebook, pilih lah "Use an existing post" kalau tidak dan jika anda ingin reka yang baru, klik sahaja “Create New Ad.

Sekiranya anda Pilih Create New Ad anda akan nampak ini :


Pilih sahaja format yang paling sesuai untuk anda. Di seksyen yang menunjukkan "Images" pula guna lah gambar dari library atau muat naik sahaja dari komputer anda. Kalau tidak pun Facebook memberi pilihan supaya anda boleh guna stok gambar yang disediakan. Anda boleh dapat akses dengan segera pada stok stok gambar yang memang nampak agak profesional. 

Setelah anda kaitkan Facebook Page yang ingin anda gunakan taip sahaja text iklan yang ingin dipamerkan.

Ini contoh tawaran Boston Sports Club yang pandai mengstrukturkan pengiklanan.



Sedikit tip yang boleh saya kongsikan untuk iklan anda pula, pastikan iklan anda ringkas tetapi jelas. Kuncinya untuk menarik perhatian pengguna Facebook supaya melawat laman anda supaya mereka boleh mempelajari lebih lanjut mengenai tawaran ataupun maklumat yang anda sedang iklankan. Disitulah anda boleh meyakinkan mereka untuk membuat belian.

4 Perkara yang sering saya praktikkan sebelum meluluskan pengiklanan adalah untuk memastikan samaada ianya:

Boleh menarik perhatian (Visual)
Samaada ianya berkaitan atau releven (Relevant)
Bernilai (Valuable)
Punyai kuasa tindakbalas yang terang (Clear Call to Action)

Perhatikan contoh Boston Sports Club yang merangkap kesemua perkara diatas, ianya pendek dan cukup ringkas. Dari segi visual ia mengguna warna dan typo yang terang dan menarik perhatian kepada tawaran. Gambar wanita yang digunakan memberi saya pendekatan kepada apa yang mungkin saya kecapi sekiranya saya membeli tawaran mereka. Ianya relevan kerana saya punyai anak saudara yang baru memulakan pengajian lanjut di Boston jadi ianya relevan kerana apabilaa saya disana menziarahi kelak boleh saya mencuba pusat Gim Boston. Pencarian dienjin pencarian dan Facebook akan menjadi relevan di feed saya. Ianya bernilai pada saya kerana walaupun saya tahu harganya akan naik dimasa akan datang, dengan hanya membayar $5 saya teruja untuk klik tawarannya. Akhir sekali kuasa tindakbalasnya terang apabila ia meminta saya membuat sesuatu kerana tawaran terhad ini ada tarikh luput. Tarikhnya dipamerkan dan kegunaan perkataan 'hurry' penting memberitahu saya supaya melakukan sesuatu.

Placement

Akhir sekali, anda harus tentukan placement. Dimana harus iklan anda dipamerkan. Facebook menyediakan pilihan pilihan berikut. Facebook Desktop dan Mobile.



Secara amnya ramai akan terus memilih 'desktop news feed' tapi buat dulu beberapa cubaan untuk memastikan option mana yang akan mendapat keputusan yang paling baik untuk anda. 

Place Order

Setelah anda berpuas hati dengan rekaan iklan anda klik shaja butang “Place Order” , iklan anda akan melalui proses pantauan oleh Facebook sebelum ianya disiar terus, notifikasi dari Facebook akan memberitahu anda status iklan anda.

Continued reading..
Disini sahajalah, cara saya  menjalankan kempen PPC facebook, anda boleh cuba. Terima Kasih kerana bersama saya hingga ke akir post, jika anda ada sebarang pertanyaan tanyakan saja di ruang ulasan ataupun hantar kan emel kepada saya. Senang tidak? Sebenarnya proses ini banyak pembolehubah, dan ianya adalah faktor utama yang boleh menentukan kejayaan sesuatu kempen iklan. Matlamat penting dalam mana mana kempen untuk seseorang pemasar online adalah untuk mendapat tindak balas serta memberi pulangan maksima pada pelabur. Tugas khusus pemasar online adalah untuk mengurangkan CPC dan mendapat CTR yang memberangsangkan. Topik ini cukkup luas untuk dibincangkan disini tetapi anda boleh teruskan bacaan dilink link berikut. Saya pasti anda boleh dapat tunjuk ajar dan butiran yang membolehkan anda atau pemasar online and jalankan kempen iklan yang jaya.

Facebook Advertising Checklist : A Step-by-Step Guide

Akhirkata sekiranya anda belum menggunakan Facebook PPC, mulalah kerana sekarang ini masa terbaik untuknya. Dalam masa terdekat ramai pesaing anda sudah jinak jinak dengannya. Saya pasti penggunaan Facebook Ads akan sampai tahap saturated' tetapi buat masa ini jenama anda masih lagi ada masa.Secara purata mengikut analisa salesforce.com , di  Malaysia CPC di Facebook cuma 0.10 (USD) berbanding 0.40  (USD) untuk Adwords, jadi semestinya anda akan menampakkan pulangan yang lebih positif. Setelah anda senang menggunakan platform Facebook ini anda boleh ubah suaikan pilihan untuk mengukuhkan lagi kempen kempen anda. 

Jika anda ingin mendapat pencerahan lanjut tentang cara untuk mendapat keuntungan secara online,  pastikan anda berpengetahuan dalam topik topik berikut. Jadi untuk masa terhad sahaja saya kongsikan tip-tip pilihan saya, dengan muat turun percuma: 

Step By Step Guide : Creating Lovable Marketing Campaigns
The how-to guide for increasing conversions on your website using dynamic content
How to create Epic Facebook Ads



Cuma isikan maklumat anda dan dapatkan muat turun dengan segera.
100% privacy, I will never spam you!
Jangan lupa langgan blog saya dan nantikan pula post akan datang mengenai pengiklanan 'Canvas' (interactive mobile ads)


This post first appeared on Inbound Marketing Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Pengiklanan FB membuka Peluang Tidak Berbatas

×

Subscribe to Inbound Marketing Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×