Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

3 Perkara Yang Tidak Dibenarkan Langsung Di Pemasaran Content yang anda masih lakukan

Apabila kekurangan kegunaan pemikiran secara strategik dan tiada pelan tindakan dalam pendekatan pemasaran kandungan "content-marketing", saya percaya ianya akan membawa banyak kesilapan. 

Tumpuan teliti harus diberikan pada perancangan awal supaya 3 perkara yang tidak dibenarkan langsung dalam pemasaran dan pengiklanan 'content' boleh dielakkan.

Bila Pemasaran 'content' dilaksanakan hanya berdasarkan andaian, maka hampir semua keputusan akan mengakibatkan hasil yang mengecewakan. Itulah sebabnya stakeholders kerap meninggalkan strategi pemasaran dan pengiklanan 'content' diperingkat awal dan tidak memberikan peluang untuk strategi itu menunjukkan pulangan modal (ROI) yang berkualiti.

3 perkara yang tidak dibenarkan langsung di pemasaran kandungan.

Tidak memberi perhatian kepada pesona pembeli. "buyer persona"

Tidak boleh saya tekankan dengan secukupnya bahawa tugasan memahami pengunjung anda yang berada di pasaran adalah sasaran utama anda, Tumpuan kepada matlamat pembeli dan pesona amat penting untuk memastikan bahawa anda boleh reka dan kembangkan Kandungan yang berkenan. "resonating contents"

Diperingkat perancangan habiskan masa dan berikan nyawa pada watak pembeli contoh serta 4/5 pesona pembeli lain kerana ini akan membantu anda memahami keperluan mereka. Antaranya anda akan memahami apa yang dimahukan daripada perkhidmatan dan produk anda. Maklumat Ini juga nanti boleh membantu anda serta pasukan jualan anda ketahui kedudukan terbaik untuk menawarkan produk dan perkhidmatan apabila mereka bersedia untuk membeli.

Lupa seo

Sungghpun anda sememangnya sudah biasa dengan selok belok pengiklanan / pemasaran kandungan, jangan lepas pandang menggunakan amalan terbaik "best practices" pemasaran kandungan. Ianya termasuk mengkaji kata kunci. Ianya agak Sukar tanpa kajian kata kunci kerana ia penting dalam membantu dalam dua perkara.
Satu : memberi anda pengunjung yang tulen dan
Keduanya : memberi carian seperti google dan bing menemui kandungan anda.
Pengurus kandungan yang baik dan berpengalaman akan sentiasa merekai dan menerbitkan bahan-bahan yang boleh mengoptimumkan carian di enjin carian,  ini sentiasa dalam pemikiran mereka.
Ingin tahu bagaimana orang lain melakukannya? Buzzsumo boleh membantu dan memberi anda idea-idea. Ia membantu pengurus untuk mengetahui apakah kandungan yang paling popular pesaing anda.

Mempercayai bahawa 'bahan' kandungan sama seperti blog.

Jangan salah faham, saya percaya Blog adalah "center" dalam mana mana strategi iklan kandungan. Tetapi pengalaman memberitahu bahawa 'variasi' sangat penting dan sangat diperlukan. Tahukah anda pembaca / pengunjung anda akan kehilangan minat bila tiada 'kepelbagaian' kandungan. Plus, ia juga akan menjadi sukar bagi anda untuk terus menulis tanpanya. Jadi cuba keluarkan kepelbagaian dengan membuat kandungan seperti dibawah untuk menampilkan tarikan lagi pada kandungan anda.

Whitepapers
senarai semak
video
Infographics
contoh kajian
E-buku

Sebahagian besar matlamat pengiklanan kandungan anda adalah supaya pengunjung mengetahui akan perkhidmatan atau produk anda dan ianya boleh memberi petunjuk, namun blog posting pula adalah rangka belakang yang harus direka untuk mendidik. Ini akan merapatkan anda lagi dengan pelanggan anda. Sentiasa ingat untuk mendidik pengunjung anda bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah mereka, (saya suka menyediakan muat-turun boleh dibaca) dan ingatkan juga, Jika anda tidak mengukur, belajar dan menyesuaikan bahan kandungan anda untuk kaedah pemasaran dan pengiklanan maka anda tidak akan tahu samaada hala tuju anda itu betul atau tidak. Analisa maklumat penting untuk kejayaan sesuatu kempen.

Bonus :
Ramai pengurus kandungan memulakan SEO mereka dengan Google Keyword Tool  Langgan blog saya hari ini dan muat turunkan 5 'tools' pemasaran yang boleh anda gunakan segera untuk memperbaiki SEO dilaman.





This post first appeared on Inbound Marketing Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

3 Perkara Yang Tidak Dibenarkan Langsung Di Pemasaran Content yang anda masih lakukan

×

Subscribe to Inbound Marketing Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×