Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Nostalgia Makan Dalam Rumah Kampung Di Restoran Kantin Asam Pedas

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Jangan kata kat Kuala Lumpur ni korang tak boleh nak makan dalam suasana rumah kampung lama sebab memang ada tempat tu. Kali ni Maha nak bawa korang ke sebuah restoran yang di design seperti dalam sebuah rumah kampung lama.


Pertama kali Maha melangkah ke dalam Restoran Kantin Asam Pedas ni pandangan terfokus kepada dekorasi dalamanya. Ini kerana kelainan yang ditampilkan dalam design restoran ini walaupun kecil dan agak tersorok di bawah unit Residensi Bistari kat Ukay Bistari ni tapi ia sangat unik. Memang korang tak sangka inisiatif pemilik restoran ini Puan Roslin dan juga suami memastikan ia mengembalikan kenangan makan dalam rumah di kampung. 




Maha tak nak cerita lagi pasal dekorasi restoran ni tu last part nanti korang kena baca sampai habis. Tapi Maha nak bawa korang kepada masakan Asam Pedas terbaik 'in town' yang disajikan di sini. Memang korang tak dapat cari restoran yang mana semua masakan dimasak sendiri oleh pemilik restorannya. Ini adalah kerana untuk mengekekalkan rasa kesedapan dan originaliti masakan Asam Pedas dari Melaka negeri kelahiranya.



Paling popular kat sini dan menjadi pilihan ramai orang adalah Asam Pedas Telur Mayong. Ini kerana ia adalah menu paling susah nak dapat dah kalau korang nak makan masakan ni memang kena tempah dahulu 2 atau 3 hari sebelum pergi makan. Ini kerana mereka hanya menyediakan sajian telur mayong ni atas permintaan sahaja sangat limited. Harga pun boleh tahan dalam RM30 hingga RM50 bagi sekilo mengikut harga pasaran. 



Tapi Alhamdulillah Maha dapat rasa Asam Pedas Telur Mayong ni hehehe. Rugi kalau korang tak cuba memang terbaik. Telur Mayong ni rasanya kenyal-kenyal jer dan berlemak. Tapi kalau sekali masak tu memang tak boleh habis makan seorang kena share tau. Selain telur mayong special request kat sini Asam Pedas Kepala Ikan Merah, Jenahak dan Duri. Kena order awal baru boleh dapat tau.



Selain tu juga kat sini mesti kena cuba juga Asam Pedas Ikan Merah, Ikan Jenahak, Ikan Tenggiri, Ikan Duri, Ikan Parang, Ikan Sembilang dan Ikan Kembung. Banyak pilihan ikan dan semua harga antara RM18-RM20. Kalau yang suka Asam Pedas Ikan Pari Berempah harga RM14 sahaja. Ini special Asam Pedas kerana masak menggunakan rempah istimewa.



Satu lagi yang wajib kena cuba adalah Asam Pedas Daging Tetel hanya RM13 sahaja. Ni memang kegilaan ramai orang lah. Harga Asam Pedas yang Maha bagi tahu tu dah termasuk sekali dengan Nasi Putih dan Ulam yang boleh ditambah percuma, juga ada telur masin, ikan masin dan juga termasuk air sirap 'orang kahwin' hehehehe. Memang makan Asam Pedas ni pasangannya adalah air sirap sejuk terbaikkk.



Selain Asam Pedas ada juga Set Ikan Bawal Goreng dan juga Set Ayam Goreng harga antara RM15 hingga RM18 sahaja. Ni semua digoreng garing makan sampai terangkat. Paling rare dan wajib kena cuba kat sini adalah makan Asam Pedas dengan Lempeng Kelapa. Gilerr ini terbaik sangat memang tak ada kat tempat lain sini sahaja. Harga Lempeng Kelapa hanya RM2 jer memang berbaloi.


Kalau korang rasa tak sempat nak singgah makan kat restoran, mereka juga ada sediakan drive-thru kat belakang restoran ni untuk sapa yang buat tempahan melalui call. Bila dah call buat tempahan lepas tu lalu je kat pintu belakang dengan kereta boleh ambil terus yang korang order tadi. Memang tip top lah service kat sini.





Korang bukan sahaja puas dengan makanan mereka tapi juga dengan suasana kat dalam restoran ni. Memang seperti dalam sebuah rumah kampung yang dihiasi dengan pelbagai barangan antik yang susah nak dapat tempat lain. Masa Maha makan hari tu ngan kawan-kawan memang rasa macam makan dengan keluarga. Korang kena datang ramai-ramai meriah sangat.





Restoran ni buka hari Selasa sampai Ahad dari pukul 11.00pagi hingga 4.30petang sahaja. Hari Isnin tutup. So korang boleh plan nak pergi bila masa dan bawa satu keluarga terutama kanak-kanak KL ni yang tak pernah rasa suasana rumah kampung. Ini masanya makan macam zaman dulu-dulu hehehe. Maha dah pergi makan sini korang mesti kena datang cuba juga ok. 

Selamat menjamu selera semua.  

Info lanjut dan tempahan boleh dibuat di sini :
Tel : 03-41019876 / 012-6665552
Facebook : Kantin Asam Pedas
Instagram : https://www.instagram.com/kantinasampedas
Alamat : Restoran Kantin Asam Pedas
               E-G-14 Residensi Bistari, 
               Taman Ukay Bistari,
               68000 Ampang,
               Selangor 


Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5
     

*Terima kasih gambar antik daripada Dikbee dan Cik Lily Putih 







This post first appeared on Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang, please read the originial post: here

Share the post

Nostalgia Makan Dalam Rumah Kampung Di Restoran Kantin Asam Pedas

×

Subscribe to Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×