Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Contoh Itinerary Percutian Langkawi Tiga Hari Dua Malam


'Itinerary Langkawi Tiga Hari Dua Malam'

Langkawi adalah antara kegemaran pelancong tempatan dan luar negara apabila ditanya mana trip kali ini untuk bercuti.




Lagendanya seumpana masih tetap utuh menjamput pelancong untuk merasai sendiri berpijak di bumi penuh sejarah ini.

Seperti biasa perancangan percutian bukan sahaja untuk kemudahan pengiraan bajet untuk bercuti perlu diutamakan.

Rancang Masa Aktiviti Di Langkawi

Bukan masuk sahaja ke Langkawi atau tempat percutian lain terus ke mana-mana tanpa arah tuju, lainlah jika anda seorang backpacker sepenuh masa atau sedang melakukan rancangan tv seperti explorace atau The Amazing Race.

Rakyat marhaen dan netizen yang sering sibuk dengan kerja dan memiliki masa tertentu untuk bercuti perlu ada perancangan.

Contoh Itinerary 3H2M Langkawi

Perancangan dalam percutian boleh disebut sebagai 'itinerary'. Boleh lihat Contoh Itinerary Percutian di langkawi, Kedah dalam versi penulis yang disertakan pautan link review tempat-tempat yang pernah penulis jelajahi sekitar Langkawi.

Hari Pertama

1. Berlepas dari KLIA 2




2. Tiba di langkawi - Tiket Sky Cab/Island Hopping

3. Bergerak ke Guest House Homestay

4. Makan Malam Sekitar Langkawi

Untuk mencari makan di sekitar Pekan Kuah tidak begitu sukar, apalagi ketika musim cuti ataupun hujung minggu.

Sepanjang Jalan Padang Matsirat, berselirat kedai makan, pilih sahaja kedai makan yang ingin dicuba. Penulis dan isteri berjaya menemui kedai tom yam di deretan tepi Jalan Mutiara 2. Banyak pilihan kedai makan citarasa anda.


Untuk yang gemarkan makanan segera, juga ada.

Hari Ke 2


1. Jeti Teluk Baru, Island Hopping 




Datang ke kawasan pulau seumpama Langkawi yang memiliki banyak pulau-pulau lain mengelilingi tidak berapa lengkap perancangan tanpa melakukan aktivti menjelajah pulau-pulau sekitar.





Survey dan dapatkan pakej yang menarik dan berlainan untuk pengusaha island hopping berlainan. 

BACA JUGA: PENGALAMAN ISLAND HOPPING LANGKAWI

2. Sky Cab + Sky Bridge

Dua mercu tanda Langkawi yang rasanya tidak boleh jika datang ke Langkawi tanpa mencuba dua tarikan dunia ini.
Skycab dan skybridge dua tarikan untuk mereka yang sukakan permandangan dari atas, dari mata burung.


BACA JUGA: PENGALAMAN CABLE CAR SKYCAB LANGKAWI


Rasai kesejukan udara di puncak Gunung Machincang.

BACA JUGA: PENGALAMAN GAYAT DI SKYBRIDGE LANGKAWI

3. Dari Sky Cab ke Homestay singgah di Nusantara 

Selain dari skycab dan skybridge apalagi dataran lang. Hasil gamat antara lain 'signature' Langkawi.


Diproses depan mata dengan kepelbagaian jenis barangan berasaskan gamat, boleh dapatkan di sini untuk dibawa pulang sebagai ole-ole.


4. Pasar Malam Temayong/ Pantai Cenang

Perjalanan dari Gunung Machincang ke Pekan Kuah memerlukan anda melalui Pantai Cenang sebelum mengelilingi Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Dalam perjalanan terdapat satu pasar malam, boleh jadikan singgahan untuk makan malam sebelum merasai kesejukan angin laut di Pantai Cenang.

Hari Ke 3

1. Keindahan Pantai Tanjung Rhu

Terletak di penjuru hujung kanan jika dilihat pada peta Langkawi. Meskipun jauh dengan Pekan Kuah, sudah sampai sahaja di Pantai Tanjung Rhu ini, semua penat dikocok kenderaan hilang.




Cukup indah dengan muara sungai dengan latar belakang lautan membiru dengan beberapa buah pulau kecil dikelilingi kehijauan dari bukit bukau yang melindungi hutan paya bakau sekitar.

2. Lepak Dataran Helang




Cukup sinonim dengan Langkawi. Lang adalah helang, kawi adalah sejenis batuan bewarna jingga keorenan itulah Langkawi. Dataran Lang sememangnya mercu tanda yang agak jarang pelancong melepaskan peluang bergambar dengan pelbagai 'posing'.

Jika bernasib baik, terdapat 'event' atau 'show' yang akan diadakan di sini.

3. Ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) untuk pulang ke KLIA2

Jadikan Sebagai Sampel Panduan

Di atas adalah contoh itinerary percutian 3 hari dua malam di Langkawi. Sebagai rujukan secara kasar untuk anda lawati.

Tidak semestinya mengikuti setiap apa yang disenaraikan di atas mungkin anda boleh 'improvasi' apa yang tersenarai.

Anda fikir anda tahu Contoh Itinerary Percutian Langkawi 3 Hari Dua Malam ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



This post first appeared on SOME BULLET FOR YOUR HEAD!, please read the originial post: here

Share the post

Contoh Itinerary Percutian Langkawi Tiga Hari Dua Malam

×

Subscribe to Some Bullet For Your Head!

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×