Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Gambar Patung Annabelle Sebenar Lebih Comel Berbanding Dalam Filem Conjuring dan Annabelle


"Annabelle Doll"

Bagi mereka yang meminati filem seram-thriller yang berkonsepkan alam ghaib dan rasukan, Conjuring dan Annabelle merupakan dua filem yang akan menjadi ingatan. Kedua-dua filem ini menjadikan satu patung yang dirasuk yang dikatakan boleh melakukan pembunuhan. Dikatakan adaptasi dari kisah sebenar, Patung Annabelle adalah medium roh atau spirit untuk melakukan aktiviti durjana.


Annabelle Doll Cute ?

Dalam filem Conjuring, pasangan Warren merupakan pasangan yang menjadi penghalau roh jahat atau hantu yang merasuk. Apabila sudah selesai ritual dan upacara menghalau roh jahat yang merasuk mangsa, pasangan Warren akan membawa pulang barangan yang berkaitan dengan aktivit rasukan untuk dijadikan koleksi.


Patung Annabelle adalah salah satu barangan yang menjadi koleksi kepada keluarga Ed dan Lorraine Warren, si penghalau hantu. Diletakkan di dalam bekas kaca, patung Annabelle sememangnya sesuatu yang boleh digeruni apabila memandangnya. Patung yang menjadi hadiah hari jadi kepada seorang jururawat bernama Donna, hadiah dari ibunya cukup popular. Kelakuan Annabelle doll yang begitu mistik dengan bergerak sendiri merupakan klimaks kepada adaptasi kisah benar menjadi filem pada tahun 2014 dan Annabelle Creation 2017. Rupa mengerunkan dan memiliki perwatakan ala Chucky menambahkan lagi perencah dalam ketakutan peminat cerita bergenrekan rasukan dan alam ghaib ini.

Apa lagi apabila patung Annabelle cuba membunuh anak kepada pasangan Warren dalam Conjuring 2. Kisah mengenai Annabelle Doll telah disahkan sebagai benar. Pasangan Warren juga pernah bergambar dan menunjukan gambar Patung Annabelle Sebenar kepada dunia luar. Namun, apakah patung Annabelle yang sebenar memang menakutkan sebagaimana yang dimomokkan dalam kisah seram ini ? Betulkah patung Annabelle sebenar seperti di bawah ?


Scary Annabelle Doll

Setiap filem dan cereka yang keluar di skrin tv mahupun layar perak memiliki satu tema yang sentiasa ada dalam setiap cerita meskipun ia adalah sebuah adaptasi kisah benar. Drama, ya, drama merupakan elemen yang menjadikan sesebuah cerita itu menjadi ingatan. Patung Annabelle sebenar bukanlah sebagaimana yang diperlihatkan dalam filem. Ia hanya patung biasa sahaja. Tidak memiliki mata yang jegil, hingga menampakkan bebola mata, gigi menjeringai ingin seperti sedang terliur ingin memamah tengkuk mangsanya. Cuma patung berambut merah perang yang memilki hidung segitiga.


Patung Annabelle Sebenar

Filem kedua dalam sequel seterusnya adalah Annabelle: Creation yang akan ditayangkan dalam Ogos 2017. Menceritakan tentang pembuatan patung Annabelle yang merasuk manusia. Bagaimana ia 'dilahirkan' dan wujud di bumi.

Segala barangan rasukan yang pernah ditemui Ed dan Lorraine Warren telah ditempatkan dalam satu bangunan dan telah dikategorikan sebagai muzium, Ocult Museum. Bagi peminat paranormal dan filem thriller, membuat lawatan ke muzium ini boleh dijadikan sebagai tajuk dalam kenangan diari anda.

Bila lagi kita mahu lihat barangan yang mampu menjadi medium kepada syaitan dan iblis merasuk manusia, versi barat. Semuanya ditempatkan dalam muzium ini, termasuklah Annabelle Doll.

Anda fikir anda tahu Patung Annabelle Doll Sebenar Lebih Cute Berbanding Dalam Filem ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualikum.





This post first appeared on SOME BULLET FOR YOUR HEAD!, please read the originial post: here

Share the post

Gambar Patung Annabelle Sebenar Lebih Comel Berbanding Dalam Filem Conjuring dan Annabelle

×

Subscribe to Some Bullet For Your Head!

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×