Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Burger Warisan D'Gazebo Sijangkang Telok Panglima Garang Keunikan Makan Di Dalam 'Bangsal'


"Gazebo Western Food"

Dalam istilah landskap dan home depot, gazebo merupakan pangkin (wokah) berbumbung atau tempat istirehat makan-makan beramai-ramai. Makan di dalam gazebo ditemani dengan bayu sepoi-sepoi yang meliuk-liukkan rambut dan tudung mampu memberikan suatu perasaan tenang ketika mengunyah makanan.

Konsep gazebo. Jarang
Konsep burger bakar (grill) dan hidangan western. Banyak

Apabila dua konsep ini digabungkan maka nikmat duniawi 'mentekedarah' atau menyantap makanan melalui denai esofagus amat serasi.

Apalagi dengan bauan oksigen dari kehijauan klorofil sekitar dan di adun dengan bauan daging, ayam dan juga patty burger yang menambahkan lagi aroma pengunjung serta jika anda beruntung mungkin anda akan mampu melihat asap dari dapur mereka.

Suasana romantik ala-ala setting kamera Rashid Sibir dengan pencahayaan yang agak minima dimelodikan dengan desiran patty, daging, atau ayam di atas pemanggang suasana yang elok bagi seorang atau berorang-orang foodporn.




Semua suasana dan pengalaman ini anda boleh alami di Burger Warisan D'Gazebo Sijangkang. Menyediakan hidangan berasaskan makanan barat. Suasana romantik dan beberapa aroma panggang memanggang menjadi pilihan restoren ini. 

Pelbagai jenis variasi burger, ada yang bertingkat-tingkat juga yang memiliki warna-warni turut menghiasi 'section' burger pada placard menu.



Chicken grill, beef grill serta lamb grill sebahagian lagi hidangan yang mampu memukau pengunjung yang sememangnya bercitarasa mat saleh. Tidak perlu pelat, tidak perlu menambah dengan huruf 's' pada setiap perkataan, penggemar western food mesti suka.







Kebanyakkan pengunjung menjadikan meatball grill mereka sebagai suatu hidangan 'mesti cuba'. Kenyal dan mudah dikunyah ditambah dengan 'signature' sosnya, yang memiliki rasa sos lada hitam yang tersendiri.

Kesemua menu hidangan yang melibatkan 'grill' ini juga turut didatangkan dengan nasi. Nasi goreng berempah dengan berlaukkan hidangan grill yang ada. Rasa nasinya agak berbeza sedikit kerana telah ditambah dengan rempah yang sememangnya telah dieksperimen untuk menghasilkan rasa lain dari yang lain. Diserikan dengan sup berempah dan sambal ikan bilis.




Nasi arab juga turut menghiasi ruangan menu di restoren ini.

Bagi yang memiliki bilangan famili yang agak ramai dan runsing akan perlu bersila atas rumput, disinilah aplikasi gazebo dipraktikkan. Bermula dengan bilangan pengunjung seramai 6 orang dan 12 orang ke atas bolehlah menikmati hidangan kegemaran di dalam gazebo berupa pangkin mirip bangsal ini. Apalagi sesuai membawa sedara mara, atok nenek dan orang tua yang mengimpikan suasana riuh tetapi gout patient friendly.






Lokasinya adalah di kawasan Sijangkang, Telok Panglima Garang. Agak mudah untuk ditemui kerana berada betul-betul dibahu jalan. Namun, memerlukan bukaan anak mata yang agak luas kerana meskipun berada sesebelah bahu jalan tetapi kemungkinan terlepas pandang itu ada.

Restoren ini berada di jalan Klang-Banting. Bagi yang menghala ke Klang restoren ini berada di sebelah kiri anda, manakala bagi yang menghala ke Banting ia berada di sebelah kanan anda. Sedikit menuruni tebing tinggi dari jalan besar. 




Usah runsing usah risau, main gasing bukan pisau, lokasinya tersenarai di dalam Waze apps dan google maps. Hasil carian yang menjurus kepada lokasi tepi jalan bukan dalam kampung.

Harga makanan disini agak kasar sedikit berbanding kawasan yang pernah di'review'kan. Bagi mereka yang mungkin merasakan mereka golongan berpendapatan rendah, mungkin sesuai ketika waktu gaji atau brim mulai masuk sahaja.

Harga yang agak keras namun dengan keistimewaan dan 'signature' Burger Warisan D'Gazebo Sijangkang ini menjadikannya berbaloi-baloi.



Parking agak terhad. Bagi yang tidak pernah meninggalkan solat, ada disediakan surau mini pada bahagian belakang restoren.

Anda fikir anda tahu Burger Warisan D'Gazebo Sijangkang Telok Panglima Garang Keunikan Makan Di Dalam 'Bangsal' ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.






This post first appeared on SOME BULLET FOR YOUR HEAD!, please read the originial post: here

Share the post

Burger Warisan D'Gazebo Sijangkang Telok Panglima Garang Keunikan Makan Di Dalam 'Bangsal'

×

Subscribe to Some Bullet For Your Head!

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×