InsyaAllah saya dan keluarga akan pulang ke kampung halaman selepas pulang dari sekolah esok. Cuti sekolah Dua Minggu kali ini agak istimewa sedikit sebab berada dalam Bulan Ramadhan. Jadi saya ingin ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua pembaca(sekiranya ada).
Saya memang tak dapat menulis sepanjang tempoh dua Minggu ini kerana masalah sambungan internet. Jadi, kita berjumpa lagi di pertengahan bulan Ramadhan nanti InsyaAllah.