Saya ada satu soalan, dua sebenarnya…
Kenapa Bila kita hendakkan sesuatu, kita akan rasa teruja sehinggakan kalau boleh, kita nak benda/perkara tu ada depan mata kita secepat mungkin?
Dan,
Kenapa pula bila kita dah dapat sesuatu yang kita dambakan tadi, kita akan rasa bosan, dan akan mula cari alasan/jalan untuk dapatkan benda/perkara yang lain pula?
Adakah kerana lumrah manusia memang begitu dan dijadikan sebab musabab supaya kita terus maju ke depan untuk meninggalkan zon selesa, atau kita yang tak reti bersyukur dengan apa yang kita dah ada?
Kalau tanya saya, saya jawab, tengok keadaan. Tak semua benda serupa untuk kita gunakan kaedah yang sama.
Sekian tazkirah untuk diri saya sendiri hari ini.