Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

1,500 Naskhah Al-Qur'an Rasm Uthmani Untuk Wilayah Persekutuan

Majlis Penyerahan Al-Quran Wakaf sumbangan Percetakan Saufi kepada SRA (Sekolah Rendah Agama) JAWI telah dilangsungkan di Dewan Hadhari pada 23 Mac 2010. Sumbangan ini khusus kepada sekolah-Sekolah Rendah Agama di seluruh Wilayah Persekutuan. 


Penyerahan Al-Quran Wakaf kepada wakil-wakil zon telah disampaikan oleh Hj. Rahmat Mahdan (Pengerusi Percetakan Saufi). Turut hadir sama ialah Y.Bhg Ustazah Noor Khalidah Binti Hj. Abdul Rashid, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pelajaran JAWI dan Y.Bhg Ustazah Kamariah Abdullah, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pelajaran JAWI.


Pada majlis ini, Percetakan Saufi memohon kepada Sekolah-sekolah Agama W Persektuan supaya dapat mengumpulkan Al-Qur'an lama dan usang termasuk kitab-kitab, buku-buku teks, buku-buku kerja dan latihan, poster dan sebagainya untuk dilupuskan mengikut tertib dengan cara pembakaran menggunakan insenarator.


Bagi Wilayah Persekutuan, Percetakan Saufi setakat ini telah menyumbangkan sebanyak 1, 500 naskhah untuk diagih-agihkan kepada pihak masjid, surau dan Sekolah Rendah Agama.



This post first appeared on Wakaf Al-quran, please read the originial post: here

Share the post

1,500 Naskhah Al-Qur'an Rasm Uthmani Untuk Wilayah Persekutuan

×

Subscribe to Wakaf Al-quran

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×