Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Bagaimana memulakan blogging?

Zaman ini boleh dikatakan bahawa komunikasi secara online adalah yang paling berjaya dan berkesan di seluruh dunia, ianya menjimatkan wang dan masa, disamping membolehkan transaksi atau pengiklanan komersil malahan pengurusan perniagaan dilakukan dengan mudah. Kini “blogging” adalah satu trend umum menghebahkan atau meletakkan segala sesuatu di internet atau dunia maya, samada kita berbicara isu tentang perniagaan, hobi atau hal-hal peribadi.Ada beberapa panduan asas untuk setiap blog, oleh yang demikian anda perlu tahu ABC untuk blogging sebelum anda boleh merasai nikmat ber-blogging. Asas atau fakta yang paling penting sebelum anda mencipta satu-satu laman blog mahupun web adalah untuk memikirkan apakah tujuan dan matlamat blog tersebut dicipta atau diwujudkan.

Ada orang yang memilih untuk membuat blog sendiri, sedangkan yang lain lebih suka untuk mengupah mereka yang mahir atau pakar untuk melakukannya. Sebelum memulakan projek blogging, anda perlu membuat perancangan terperinci meliputi: tujuan, pelaburan dengan analisis kos dan keuntungan, target penonton, pengurusan blog dan alat untuk monitor prestasi blog anda. Blogging adalah suatu yang mudah dilakukan samada untuk keperluan perniagaan ataupun peribadi, namun, nilai sebenarnya amat menarik apabila blog anda mula mendapat pelawat atau pembaca yang relevan.

Ada pelbagai perkara yang anda perlu pertimbangkan; cari software khusus yang dapat membantu anda mendapatkan kata kunci (keywords) yang terbaik yang anda perlu gunakan di dalam artikel di blog! Menggunakan keyword untuk menarik trafik ke blog, anda perlu mengenalpasti keyword yang mempunyai permintaan tinggi. Anda juga perlukan software yang boleh membantu anda menilai prestasi keyword yang anda pilih untuk jangka masa tertentu. Dengan demikian, semua pengguna internet yang menggunakan blog,atau pemilik perniagaan yang menggunakan blog untuk kempen promosi, perlu belajar sedikit sebanyak teknik SEO (Search Engine Optimisation), kerana mereka perlu mengoptimumkan bukan hanya setakat artikel blog (blog post), tetapi juga iklan yang muncul di dalam blog mereka sebaik mungkin.

Satu lagi isu penting apabila memulakan sebuah blog adalah isi kandungannya / artikel; perlu diingat bahawa laman web yang baik adalah laman web yang mengandungi maklumat yang menarik dan berguna kepada pembaca. Enjin carian (search engine) menggemari artikel yang menarik an bermaklumat; dan lebih banyak pengunjung akan menghabiskan masa di blog anda jika mempunyai artikel, video atau gambar yang menarik. Bagi mana-mana blogger yang juga menjalankan perniagaan online, anda dinasihat untuk menggabungan artikel-artikel bermaklumat dan juga e-newsletter. Pengguna yang melanggan buletin berkala harus diberikan berbagai promosi dan peraduan khas untuk menjaga minat minat mereka untuk terus melanggan.

Banyak teknik dan trick boleh dipelajari sekiranya anda meluangkan masa untuk mempelajari teknik pemasaran Internet (Internet Marketing), ini juga sangat penting dan berguna bagi blogger baru.



This post first appeared on AFFILIATE BUAT DUIT | JANA PENDAPATAN, please read the originial post: here

Share the post

Bagaimana memulakan blogging?

×

Subscribe to Affiliate Buat Duit | Jana Pendapatan

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×