Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tips Ramadhan untuk Ibu Menyusu

Tags: susu menyusu jika

Puasa dan Menyusu bayi?? Sangat mencabar untuk ibu-ibu yang menyusu. Ada kes yang saya dapat, bayi sangat kelaparan bila ibu tidak mempunyai Susu yang cukup, sehingga dia menghisap tanpa henti.

Itu sebab Allah ada memberi rukhsah puasa untuk ibu yang hamil dan ibu yang menyusukan bayi mereka. Anugerah yang sangat indah.

solat gendong

Saya akan berkongsi kepada anda tips ramadhan untuk ibu menyusu.

1. Minum air dengan banyak dan elakkan minum kafein

Ibu perlu minum air sekurangnya 3 liter dan lebih air daripada berbuka sehingga bersahur. Lebih mudah, isi botol air 3 liter setiap hari, pastikan air yang diisi telah dihabiskan minum, Jika tidak habis itu bermaksud anda tidak cukup minum 3 liter air pada hari tersebut. Jangan minum minuman berkafein kerana ia akan mengurangkan penghasilan susu.

2. Makan semasa sahur dan makan makanan yang berkhasiat

Jika anda seorang yang hanya minum air sahaja semasa sahur, maka tidak boleh jika anda sedang menyusukan bayi. Sila makan dan ambil makanan yang berkhasiat dan lengkap untuk anda sendiri dan penghasilan susu. Sahur juga disunnahkan untuk dilewatkan.

3. Makan Kurma dan Madu

Ini adalah dua makanan sunnah yang sangat power. Mungkin pertama kali anda ambil, tidak merasakan kesannya. Tetapi jika anda ambil secara konsisten, kesannya sangat hebat. Sesudu madu dan kurma di masa sahur sangat membantu untuk anda bertenaga sepanjang hari.

4. Ambil suplemen tambahan

Untuk ibu yang menyusu, set puasa Shaklee dapat membantu untuk memberikan tenaga yang cukup. Set Puasa lengkap terdiri daripada ESP Shaklee, Performance Drink dan Meal Shake. Esp boleh memekatkan susu anda dan memberi anda tenaga kerana kandungan protein yang ada di dalamnya.

Performance Drink pula dapat membantu mengawal bendalir di dalam badan anda. Jika anda banyak minum di dalam hari, air akan dikeluarkan dengan air kencing, dengan minum PD maka bendalir akan lebih stabil dan mengeluarkan air melalui air kencing dapat dikurangkan.

Mealshak pula melengkapkan nutrien di dalam hidangan ini, Mealshake mempunya vitamin dan mineral yang banyak, mampu memberi kecergasan pada ibu yang menyusu.

5. Jangan lupa untuk mengambil Milk Booster semasa sahur

Setiap orang mempunyai kapasiti badan yang berbeza dalam menghasilkan susu. Ada yang sikit dan ada yang banyak tanpa mengambil apa-apa suplemen tambahan. Jika anda punya susu yang sedikit, sila ambil milk Booster yang sebaiknya.

Alfalfa dapat membantu untuk boooost kan susu anda.

6. Berdoa dan amalan surah Al Hujurat

Ramadhan adalah bulan yang dimakbulkan doa. Berdoalah agar susu anda diperbanyakkan. Juga amalkan surah Al Hujurat yang boleh membantu pengeluaran susu.

7. Berfikiran positif

Sentiasa berfikiran positif bahawa susu anda akan cukup untuk diberikan kepada bayi anda. Apa yang anda fikir itu adalah doa sebenarnya.

8. Jangan biarkan badan anda terlalu letih

Untuk ibu yang bekerja, ataupun suri rumah, jangan biarkan diri anda terlalu letih. Kerana badan yang terlalu letih akan mengurangkan penghasilan susu. Rehatkan diri anda dengan tilawah Al Quran, zikir dan sebagainya.

9. Jika penghasilan susu merudum, jangan PANIC

Biasanya badan kita akan sedikit berubah jika rutin kita berubah. Di bulan puasa rutin kita berubah di mana siang kita tidak makan dan malam baru makan Kadang-kadang keadaan ini akan menyebabkan susu akan mengurangkan kerana perubahan badan kita. Jadi jangan panik, teruskan puasa dan amalan yang di sebut di atas, insya allah susu akan pulih seperti biasa.

10. Perhati keadaan anda dan bayi

Fikirkan kesihatan anda dan bayi terlebih dahulu. Jika badan anda tidak sihat dan bayi kencing sangat kurang, dan paksa diri untuk terus berpuasa. Di dalam Islam, dirusakhkan untuk ibu yang menyusu untuk berbuka jika ada keadaan negatif berlaku.

Kepada semua ibu-ibu yang menyusu, penyusuan bayi adalah satu sangat berat, disitu juga besarnya pahala untuk anda semua. Kami berharap anda menjadi ibu dan hebat dan semoga pengorbanan anda dibalas oleh Allah. Semoga tips ramadhan untuk ibu menyusu ini dapat membantu anda.

Artikel berkaitan:
9 persediaan penyusuan sebelum bersalin

The post Tips Ramadhan untuk Ibu Menyusu appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Tips Ramadhan untuk Ibu Menyusu

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×