Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

5 Teknik Kurangkan Sakit Semasa Kontraksi Berlaku

Bulan ini sudah masuk 7 bulan bagi kehamilan saya. Walaupun bayi dalam kandungan ini sudah merupakan anak ke-lima untuk saya, tetapi masih gerun lagi untuk bersalin. Pada masa kini sudah saya mula sekali lagi untuk refresh semula info-info untuk bersalin.

kurang sakit kontraksi

Kali ini saya ingin berkongsi bersama anda semua tentang teknik untuk mengurangkan Sakit Semasa Kontraksi berlaku.

Semasa contraction berlaku memang kita akan mengalami keadaan yang kurang selesa dan kadang-kadang rasa itu memang tidak boleh tahan. Semasa saya bersalin anak pertama, ini memang berlaku pada tempoh yang panjang. Masa tu contraction ada, tapi kurang kerap. Masa tu darah sudah turun dan saya terus pergi ke hospital untuk cek. Memang hospital tahan di wad. Beberapa hari juga saya perlu duduk dalam Hospital masa tu. Keadaan macam ini memang biasalah bagi saya yang tiada sebarang pengalaman lagi. Jangan lupa itu merupakan persalinan anak pertama bagi saya buat masa tu.

Biar saya kongsikan 5 teknik untuk kurangkan sakit Semasa Kontraksi Berlaku kepada semua ibu-ibu yang sedang hamil. Antara teknik-teknik adalah:

1. Berkedudukan tegak

Semasa kontraksi awal, sokong tubuh pada permukaan yang berhampiran. Apa yang boleh anda buat adalah bagi badan anda bersandar pada kerusi, dinding atau katil hospital. Jika perlu, anda boleh juga melutut.

2. Duduk menghadap hadapan

Melaraskan posisi badan anda supaya duduk berhadapan kerusi belakang dan sandarkan diri pada bantal atau kusyen. Rehatkan kepada anda pada lengan disilangkan di atas belakang kerusi.

3. Melutut ke hadapan

Melutut dalam keadaan kaki anda dijarakka dan rehatkan tubuh dengan himpunan bantal yang banyak. Cuba selesakan diri jika memilih keadaan ini.

4. Posisi merangkak

Melutut dalam keadaan tangan dan lutut di lantai. COndongkan pelvis anda ke hadapan dan ke belakang. Namun jangan sesekali lengkungkan badan anda.

5. Teknik meniup

Jangan meneran selagi jururawat tidak menyatakan pintu rahim anda terbuka sepenuhnya, sebut … huf… huf… huf… seperti meniup untuk mengurangkan rasa sakit kontraksi. Berlutut kaki anda dengan baik. Lepas siap sedia boleh bersandar badan ke hadapan. Dengan ini, boleh rehatkan kepala anda di atas tangan dan arahkan punggung ke atas.

Teknik-teknik di atas, anda boleh mencuba mengikut kesesuaian anda sendiri. Boleh minta bantuan suami untuk mengurut bahagian belakang untuk mengurangkan kesakitan.

The post 5 Teknik Kurangkan Sakit Semasa Kontraksi Berlaku appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

5 Teknik Kurangkan Sakit Semasa Kontraksi Berlaku

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×