Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kenali Masalah Dan Penyebab Keputihan Wanita

Tajuknya cukup happening, iaitu kenali masalah Keputihan wanita(vaginal discharge) dan penyebab keputihan wanita. Jom kita layan info keputihan di bawah ni sampai lebam biji mata.

Apakah itu keputihan?

Keputihan ataupun dikenali sebagai Leucorrhoea/Fluor Albus di kalangan pakar perubatan ialah keadaan di mana vagina mengeluarkan cecair. Pada dasarnya Masalah Keputihan di kalangan wanita dibahagikan kepada 2 jenis iaitu keputihan Fisiologis dan keputihan Patalogis.

keputihan wanita

Apa itu Keputihan Fisiologis?

Keputihan fisiologis adalah keputihan yang biasa dihidapi oleh wanita normal dan tidak perlu dibimbangkan. Keputihan jenis ini terjadi ketika memasuki masa subur, iaitu sebelum dan selepas menstruasi. Malah ianya juga boleh terjadi akibat daripada perubahan hormon yang berlaku, semasa hamil, berat badan berlebihan, kesan ubat antibiotik, stress atau ketika wanita mendapat rangsangan seksual.

Sifat keputihan normal adalah seperti di bawah:

  • Warna keputihan telus atau bening.
  • Tiada sebarangan kegatalan di sekitar kulit.
  • Cuma sikit cairan yang keluar dan tidak bergumpal.
  • Tiada bau dikeluarkan.
  • Tiada perasaan sakit disertai pada kawasan alat kelamin.

Okey para wanita sekalian, sila jangan panik melompat-lompat sehingga lantai rumah korang runtuh sekiranya anda mengalami masalah keputihan dengan ciri-ciri di atas. Sebab untuk pengetahuan anda, masalah keputihan jenis ini sebenarnya biasa terjadi kepada wanita setiap bulan.

Yeeza…

Tapi jika anda rasa tickled with whites tu, apa kata anda basuh Miss V dengan air suam ataupun air bersih secara berkala.

Apa pula yang dimaksudkan dengan Keputihan Patologis?

Yeah, seriously this is type of whites yang ingin saya mention kat sini. Keputihan yang abnormal dan wajib korang ketahui kerana sekiranya dibiarkan berlarutan, ianya boleh menjejaskan kesihatan korang dan bayi dalam kandungan untuk wanita yang sedang hamil.

Ciri-ciri keputihan wanita yang abnormal adalah seperti berikut:

  • Cairan yang keluar pekat dan berbau hanyir.
  • Biasanya lendiran keluar seperti susu basi, kekuningan, dan boleh berubah warna kepada kehijauan atau keabu-abuan.
  • Menimbulkan bau yang tidak sedap.
  • Keputihan likat dan liat.
  • Vagina terasa sakit jika ditekan, kadang kadang akan disertai rasa sakit semasa buang air kecil.
  • Luka pada Miss V.
  • Menyebabkan rasa gatal dan ketidakselesaan pada Miss V.
  • Jumlah cairan banyak dan kadang-kadang menggumpal.

Dengan hanya membaca list di atas pun sudah boleh menegakkan bulu roma kitakan (baca ala-ala loghat Cinta Laura). Cuma bayangkan apa terjadi sekiranya anda menghadapi keadaan seperti demikian. Mau tak bergetar kepala lutut kau. Jadi kalau rasa-rasa masalah keputihan anda sudah jadi seperti di atas, cepat-cepat merujuk kepada doktor pakar tau! Jangan biarkan masalah tu menghantui anda lelama sangat.

Okey sembang panjang-panjang pun tak guna, apa kata kita sambung balik fakta mengenai penyebab keputihan di bawah.

Penyebab keputihan abnormal di kalangan wanita

Untuk pengetahuan anda semua, ada beberapa sebab yang menyebabkan keputihan abnormal berlaku. Di antaranya ialah:

  1. Tekanan yang dialami dalam kehidupan.
  2. Keletihan yang keterlaluan.
  3. Jangkitan dari mikroorganisma yang termasuk Parasit Trichomonas Vaginalis, Bakteria Gardnella, Kulat Candida atau Monilia. Ada juga yang diakibat oleh virus yang berpunca dari penyakit kelamin.
  4. Benda asing yang masuk ke dalam vagina.

Selain daripada beberapa sebab yang telah saya nyatakan di perenggan ke-4 tadi.

Fuhhh… panjang lebar saya taipkan. Sikit punya penat dowh. Oh ya sebelum terlupa, saya ingin meminta klik iklan saya pendapat anda semua pasal kerelevanan masalah keputihan yang sering kali dikaitkan dengan pola pemakanan. Tak kiralah pendapat anda tu pro ke, kontra ke, ataupun sekadar thesis Kak Jah. Saya tak kisah, asalkan ianya based on your experience. Sharing is caring rite? Saya percaya ramai di antara pembaca blog ini ingin mengetahuinya.

The post Kenali Masalah Dan Penyebab Keputihan Wanita appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Kenali Masalah Dan Penyebab Keputihan Wanita

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×