Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tempat Menarik di Penang

Salam kepada semua pengunjung. Di dalam entry ini saya rumuskan beberapa tempat menarik di Penang yang sering pengunjung dari dalam dan luar negeri lawat ketika bercuti ke sana.

Saya tidak pernah menjejakkan kaki ke Pulau Pinang sebelum ini, manakala untuk isteri saya ianya buat kali kedua, namun sebelum ini isteri saya pergi ke Pulau Pinang atas urusan rasmi dan tidak sempat untuk berjalan-jalan di sana.

tempat menarik di penang

Percutian ke Pulau Pinang nih atas jemputan Kak Long saya. Kedua ibu bapa dan Kak Lang saya serta keluarganya insya-Allah akan turut serta juga.

Melawat Fort Cornwallis

Ketika saya bercuti di Pulau Pinang tempoh hari, saya sempat untuk membuat lawatan ke Fort Cornwallis yang terletak berhampiran dengan Taman Kota Lama.

Fort Cornwallis merupakan kota benteng terbesar dan masih utuh yang boleh dijumpai di Malaysia.

Antara bangunan merangkap tembok yang ada di sekitar Fort Cornwallis.

Itu ialah bangunan menyimpan serbuk senjata api. Ketika berada di dalam bangunan simpanan serbuk senjata api tersebut.

Bergambar kenangan bersama tugu Sir Captain Francis Light. Beliau pertama kali mendarat di Pulau Pinang bersama krewnya pada tahun 1786.

Sebuah meriam yang menghala ke laut dalam usaha meletupkan pihak musuh pada zaman dahulu. Cuaca panas bukan penghalang untuk bergambar kenangan.

Selesai sudah lawatan singkat kami ke Fort Cornwallis, sebuah kota benteng yang penuh dengan sejarah yang tersendiri. Ini merupakan antara tempat menarik di Pulau Pinang yang wajib dilawati semasa berada di pulau ini.

Pengalaman Pertama di Bukit Bendera

Pada hari kedua di Pulau Pinang, sekeluarga saya melawat Bukit Bendera @ Penang Hill. Ianya merupakan pengalaman pertama buat saya, bagi isteri saya adalah kali kedua. Ibu bapa dan Kak Long serta suaminya sudah pernah menjejakkan kaki di sana juga.

Perjalanan menuju puncak Bukit Bendera dipermudahkan dengan menaiki train yang disediakan, harga tiket train adalah seperti di bawah :-

Sesampai di puncak, cuaca ketika itu agak mendung, kelihatan seperti hendak hujan, tapi nasib baik tidak hujan.

Itulah pemandangan dari puncak Bukit Bendera, sebuah pemandangan yang indah, rasanya jika pada waktu malam pasti lebih cantik pemandangannya.

Selepas menikmati pemandangan yang indah, masing-masing perut sudah lapar, maka kami menuju ke Cliff Cafe. Ianya sebuah tempat makan ala-ala food court, selesa juga tempatnya, pada waktu itu tidak ramai orang maka dapatlah makan dengan suasana yang tenang.

Antara makanan yang dijual di sini ialah Char Kuey Teow, Western Food dan beberapa makanan lain lagi. Saya dan isteri order Char Kuey Teow, boleh tahan sedap juga rasanya. Selain dari makanan, disini juga terdapat beberapa kedai menjual cenderamata.

Selepas kenyang, kami berminat untuk membawa anak kami merasai pengalaman menaiki buggy car bersiar-siar di sekitar puncak Bukit Bendera. Sepanjang perjalanan anak kami sangat behave dan matanya tekun melihat pemandangan yang nyaman di sekelilingnya.

Tambang naik buggy car tu ialah RM 30, perjalanan pergi dan balik lebih kurang sepanjang 4km. Tempoh hari seorang uncle Cina menjadi pemandu kami, sepanjang perjalanan dia akan ceritakan serba sedikit tentang sejarah Bukit Bendera.

Bergambar kenangan dengan peti surat zaman Ratu Victoria, dikhabarkan peti surat macam ni di Malaysia cuma tinggal 2 bijik saja, satu lagi di Melaka.

Keseluruhannya kami sekeluarga sangat berpuas hati dapat menjejakkan kaki ke Bukit Bendera, teruja setiap kali mendengar uncle Cina tu punya cerita berkenaan Bukit Bendera, bukit yang penuh dengan sejarah yang menarik untuk didengar malah bertambah menarik jika dapat melihat dengan mata sendiri.

Restoran Kapitan Penang

Jiran sebelah rumah saya orang Penang, dia cakap jika hendak makan nasi kandar, nasi beriyani ataupun ayam tandoori pergilah ke Restoran Kapitan, terbaik katanya. Dia juga cakap orang tempatan dah jarang pergi makan kat Nasi Kandar Beratur ataupun Nasi Kandar Line Clear, banyak orang luar saja yang pergi. Orang tempatan lebih suka makan di Restoran Kapitan.

Saya yakin dengan cadangan jiran ti, maka tempoh hari kami pun mencuba makan di Restoran Kapitan.

Restoran Kapitan terletak di Lebuh Chulia, Georgetown. Jika Masjid Kapitan Keling berada di sebelah kiri kawan-kawan di sepanjang Jalan Masjid Kapitan Keling, sesampai di lampu isyarat sila belok kanan dan perlahankan kenderaan, Restoran Kapitan terletak di bahagian kanan kawan-kawan, kedai yang paling hujung.

Seberang jalan dan kawan-kawan sudah berada di Little India.

Nagore Dargha Sheriff, terletak berhadapan dengan Restoran Kapitan.

Suasana ketika di dalam Restoran Kapitan, ketika ini tak berapa ramai pelanggan.

Yup siap ada delivery lagi, hebatkan. Mungkin mereka delivery ke pejabat-pejabat mahupun hotel-hotel berdekatan.


Kami order makanan yang sama, iaitu Nasi Beriyani Claypot Ayam Tandoori. Memang sedap dan terbaik. Nasi sedap, kuah sedap, dan yang paling sedap ialah ayam tandoorinya. Ayam tandoori paling sedap yang saya pernah makan setakat ini, isteri saya pun setuju.

Selain dari nasi beriyani dan ayam tandoori, terdapat pelbagai makanan lain di Restoran Kapitan antaranya nasi kandar, kebab, pizza, dan banyak lagi.

Nilai makan untuk 2 orang termasuk segelas air Laici untuk anak adalah RM28, pada saya berbaloi dengan apa yang kami order, lagipun memang sedap.

Saya berterima kasih pada jiran sebelah rumah, cadangan dia memang tidak menghampakan, memang sedap dan berbaloi makan di Restoran Kapitan. Teringin nak order set Cheese Nan Ayam Tandoori pulak, tapi ketika tu memang dah full house perut kami, mana tidak saya siap bertambah nasi. Tak apalah, next time jika bercuti ke Penang lagi akan kami order Cheese Naan Ayam Tandoori yang dikatakan terbaik di Penang.

The post Tempat Menarik di Penang appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Tempat Menarik di Penang

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×