Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Mee Kari Kacak Yang Sedap Rasanya

Selain Laksa Penang, Mee Soup Utara (sop meletop), Mee Kari adalah makanan yang paling aku suka. Pernah anda dengar sup utara tak? Lokasi dia kat medan mara dan sup yang disediakan memang sedap. Nasi dengan sup daging campur sambal belacan dan telur asing memang popular kat situ.

Tapi sekarang aku ingin cakap tentang mee Kari. Dalam sebulan mesti sekali kena aku makan Mee Kari yang kacak ni. Terdapat 2 jenis yang boleh anda pilih, 1 ala-ala melayu dan 1 lagi chinese style.

mee kari kacak

Sekali tengok mee kari yang besar tu mungkin anda ingat ia macam tulang lembu, tau pu goreng rupanya. rasanya tiada sayur lain. Mesti sedap punyalah jika anda dapat rasa sendiri.

Tapi yang paling aku suka mee kari chineese style, walaupun nama kari tapi rasa nya tak seperti kari melayu yang ada berbagai rempah. Cina style tu lebih kepada rasa seafood disebabkan bahan-bahan yang dimasak hanya mengunakan serbuk kari dan bahan tertentu, seperti udang kering, ikan bilis, buah keras dan dan lain-lain. Memang sangat berbeza dari mee kari melayu.

Sekarang bukan senang untuk jumpa mee jenis ni. Susah nak cari mee kari yang betul-betul mempunyai kuah yang kaw-kaw. Apa yang biasa dapat merupakan kuah jenis cair yang bukan sedap sangat bila makan dalam mulut.

Tapi yang ini mempunyai ramuan kuah kari dan bahan-bahan lain yang dimasukkan dalam sup. Sup tu amat gaya di mana aku boleh habiskan hingga titisan terakhir dan kuah kari pun masih licin.

Mana Boleh Anda Makan Mee Kari Yang Sedap Ni?

Dalam K.L ni ada 2 jer tempat mee kari yang paling sedap mengikut selera aku. Salah satu nya di Jalan Bandar berdekatan dengan balai polis trafik. Dulu kawasan gerai tu memang sunyi, sebab gerai tu letak nya dibawah jambatan. Selepas DBKL suruh berpindah dari bawah jambatan ke gerai DBKL kawasan situ ceria semula. Tempat baru ni lebih tersusun dan lebih bersih.

Tempat kedua letak nya berdekatan dengan HKL, depan stadium lama. Kawasan situ memang banyak kedai makan, tapi ada satu kedai terselit kat situ. Kalau hari biasa memang penuh, berbagai bangsa yang makan kat situ. Dalam gambar kat atas itulah rupa mee kari kacak yang aku ambil kat gerai depan stadium.(HKL)

Nampak tak kerang mentah?. Itu yang buat mee kari umphh, tapi kalau yang tak biasa memang tak lalu nak makan. Actually mereka memang letak yang mentah tapi selepas tu kuah panas akan disiram atas kerang tu, menjadikan kerang tu half cook. Yang best nyer yang chineese style tu ada tau pok (tauhu goreng) dan juga fish yang dibuat sendiri dengan mengunakan ikan parang yang segar. Kalau tengok pada condiment tak lah banyak sangat, tapi yang buat mee tu umphh sambal nyer yang memang super power.

Dulu di Damansara Utama depan balai polis ada deretan gerai, tapi sekarang dah tak ada lagi, kawasan situ memang pax kalau malam minggu. Sistem kat situ order makan dan duduk dimana-mana sahaja kita suka lepas tu makanan sampai bayar… settle. Semua bangsa ada meniaga kat situ,lagi pun semua halal.

Ahh cerita banyak pun tak guna..wat leleh air liur jer kan. Tapi kalau korang tahu kat mana lokasi mee kari kacak yang sedap, kongsi kat bawah ehh… ada masa aku nak terjah tempat baru tu…

The post Mee Kari Kacak Yang Sedap Rasanya appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Mee Kari Kacak Yang Sedap Rasanya

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×