Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

3 Cabaran Utama Blogwalking

Apabila kita sebut tentang Blogwalking, terdapat ramai orang yang akan geleng kepala dan kebanyakan cuma tidak ingin nak buat demikian. Ini adalah disebabkan kerana blogwalking adalah satu aktiviti yang boleh mencabar keupayaan mereka. Ada ramai orang yang rasa ia merupakan satu aktiviti yang meletihkan dan perlu tenaga minda yang luarbiasa.

Blogwalking

Namun ada juga yang suka akan aktiviti ini. Ada juga blogger yang buat setiap hari, seminggu sekali dan pasti juga ada sebulan sekali. Lebih dari tu tak taulah saya pula. Kepada rakan-rakan yang ingin buat blogwalking saya ada 100 senarai blog yang boleh diterjah.

Dalam satu sudut lain, blogwalking merupakan aktiviti yang menarik, menyeronok dan memberi kepuasan yang tersendiri. Oleh kerana ia boleh menjadi sesuatu aktiviti yang hebat, maka cabaran juga tak kurang hebatnya.

Mari kita teliti cabaran tersebut satu persatu seperti yang tertera dibawah ini:

1. Kekangan masa

Masa adalah cabaran paling utama.Kehidupan blogger bukan sekadar online sahaja. Mereka ada tugas hakiki setiap hari. Masa bersama keluarga, rakan-rakan dan paling penting masa untuk Allah SWT. Jangan hairan ada yang tidak mampu buat blogwalking walaupun hanya 10 buah blog. Saya percaya ada yang tidak menjadikan kekangan masa ini sebagai alasan. Mereka tetap curi masa sendiri untuk buat blogwalking ke atas blog yang diminati. Golongan ini saya gelar sebagai blogger tegar yang aktif dan awesome.

Bagi saya, saya ada susunkan masa tertentu untuk blogwalking dan beri komen di blog lain. Kalau tak setkan susah saya nak terjah kembali. Terkadang ada miss juga tapi tak apa buatlah asal ada masa jangan paksa sudahlah.

2. Komitmen lain

Blogger di Malaysia ramai yang masih menjadikan kerjaya ini sebagai separuh masa sahaja. Kerjaya utama mereka tetap berjalan seperti biasa tanpa gangguan. Atas prinsip ini blogger ada komitmen lain yang lebih penting seperti penulisan entri, membuat kajian, mencari bahan dalam Facebook dan 101 macam lagi komitmen. Lebih mengharukan lagi ada blogger yang melihatkan aktiviti blogwalking kurang menguntungkan berbanding urus perniagaan online. Jadi lebih baik buat blog dan lupakan soal blogwalking.

3. Akses internet perlahan

Jika 5 tahun dahulu capaian internet memang perlahan. Jadi selepas 5 tahun tak akan masalah capaian internet masih perlahan. Jika ia berlaku pun pihak penyedia komunikasi lebih fokus buat untung berbanding hendak meningkatkan kualiti perkhidmatan. Saya pernah berkali-kali menghadapi senario sebegini. Akses terlalu perlahan menyebabkan kita tak seronok blogwalking. Masa lebih banyak menunggu berbanding membaca kandungan entri. Akhirnya kita batalkan sahaja niat dan lepak kat blog sendiri tanpa pergi ke mana-mana. Ok juga begitu kan.

Akses internet perlahan selalu jadi kekangan untuk aku blogwalking. Aku biasanya akan blogwalking pada blog yang ada kemaskini entri. Dan juga kunjung balik di blog yang tinggalkan komen di blog aku.

Catatan:

Kini terpulang kepada blogger itu sendiri. Jika mahu blogwakling maka ada hasilnya. Sekiranya tak nak buat pun tak apa. Mungkin mengalah dengan cabaran di atas maka tak ada sesiapa yang berhak untuk mempertikaikannya. Tepuk dada dan tanyakan iman.

Jika blog masih tahap belum cukup kukuh dan stabil, maka blogwalking adalah perlu, jika tidak blog anda akan sunyi dari sebarang komen dan tetamu.

Malas boleh dilawan kalau tahu blogwalking itu besar ganjaranya..apa-apapun saya sebenarnya puas dan lega jika ramai yang bagi komen kat blog kita. Tapi sebelum itu kita pergi ke blog orang untuk buat komen.

The post 3 Cabaran Utama Blogwalking appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

3 Cabaran Utama Blogwalking

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×