Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tips Asas Penjagaan Kereta

Sebagai pemandu dan juga pemilik Kereta, datang ke bengkel untuk membaikinya merupakan satu perkara yang ingin dijauhkan bagi semua orang. Ini kerana apabila kereta melawat bengkel akibat kerosakan pastinya akan mengeringkan kantung poket anda. Kebanyakan kerosakan yang berlaku pada kereta kita adalah berpunca dari kurang mengambil tahu tentang penyelenggaraan kereta. Selain dari kewangan, ia juga akan melibatkan keselamatan kita. Kereta yang mengalami kerosakan pasti berpotensi untuk menyebabkan kemalangan sekaligus akan memberi kesan negatif kepada kita.

Masalah asas yang sering berlaku jika kita tidak mengambil berat tentang penjagaaan kereta adalah :-

  • Enjin kereta mudah panas.
  • Enjin terasa berat sedangkan sepatutnya ia ringan dan selesa dipandu.
  • Kereta jadi bising.
  • Enjin perlu dioverhaul di bengkel.
  • Perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk kos pembaikan.

Memang banyak kesan yang akan berlaku seandainya kita tidak mengambil berat dalam penyelenggaraan kereta. Untuk menjaga kereta, kita tidak perlu mempunyai ilmu sehingga ke universiti atau menjadi seorang mekanik. Berikut merupakan beberapa tips menjaga kereta yang Perlu Diambil Perhatian oleh setiap pemilik kereta :-

Tips penjagaan kereta yang boleh dijadikan rujukan

  • Tip 1 : Perlu mengenali bengkel kereta yang bagus. Sekiranya berlaku sebaliknya, pasti kereta dan poket anda akan mendapat kesannya.
  • Tip 2: Keperluan Kereta untuk diservis. Perlu mengetahui pada bila dan kilometer yang keberapa. Ini perlu diambil perhatian kerana kelewatan servis boleh menyebabkan enjin dioverhaul atau lebih teruk lagi tidak boleh digunakan.
  • Tip 3: Kesesuaian pemanduan dengan servis kereta.
  • Tip 4: Alat Ganti yang perlu dipilih? Pengetahuan mengenai alat ganti perlu bagi memastikan anda tidak tersilap menggunakan terutama barang tiruan yang digunakan oleh mekanik.
  • Tip 5: Cara asas untuk melihat keadaan enjin anda?
  • Tip 6: Keadaaan tayar yang digunakan. Adakah masih boleh digunakan? Adakah ia sesuai dengan kereta?
  • Tip 7 : Cara mencuci kereta perlu diambil perhatian. Kesilapan teknik membasuh kereta boleh mengakibatkan kerosakan pada kereta dan juga catnya.

Berikut merupakan serba sedikit tips menjaga kereta untuk kekal lama digunakan. Buat apa menyusahkan diri dan menghabis duit membeli kereta baru sedangkan yang lama boleh digunakan lagi. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan pembaziran akibat kelalaian kita dalam melakukan penyelenggaraan terhadap kereta kita. Untuk mendapatkan tips yang lengkap mengenai Penjagaan Kereta, anda boleh klik gambar di bawah.

Boleh cakap bagus juga tentang pengeluaran buku macam ni tentang penjagaan kereta. Ia amat sesuai terutamanya untuk perempuan yang tidak berapa nak reti pasal kereta yang mereka pandu.

Di Malaysia, kereta merupakan sesuatu aset yang mahal dengan harganya. Jadi kita kena jaga servis ikut jadual sebagai “preventive maintenance” supaya dapat guna kereta kita dengan optimum mungkin.

The post Tips Asas Penjagaan Kereta appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Tips Asas Penjagaan Kereta

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×