Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kepentingan Untuk Makan Sarapan Setiap Pagi

Masyarakat kita sekarang ini lebih gemar meninggalkan Sarapan mereka. Mungkin kerana tergesa-gesa mahu ke tempat kerja. Mungkin tidak sempat masak. Mungkin juga bangun lewat. Kita tidak melihat dari sudut pentingnya sarapan untuk badan kita. Tabiat meninggalkan sarapan ini adalah suatu tabiat yang tidak elok.

makan sarapan

Kajian Beberapa Institusi Antarabangsa

Kajian terbaru yang dijalankan oleh Harvard School of Public Health mendapati lelaki yang selalu meninggalkan sarapan mempunyai 27% risiko lebih tinggi untuk mendapat serangan jantung atau sakit jantung koronari berbanding mereka yang mengambil sarapan mereka. Mereka yang tidak sarapan akan makan lebih pada makan tengah hari dan makan lebih banyak pada waktu malam yang seterusnya membawa kepada perubahan metabolisme dan sakit jantung.

Kajian ini diterbitkan dalam jurnal the American Heart Association pada 22 Julai 2013. Dalam kajian ini, penyelidik menganalisa data daripada tahun 1992 hingga 2008 terhadap 26 902 orang lelaki yang berumur 45 hingga 82. Walaupun, faktor seperti diet, aktiviti fizikal, merokok, dan gaya hidup yang lain telah diambil kira, kaitan meninggalkan sarapan dengan sakit jantung masih wujud.

Meninggalkan sarapan juga membawa kepada risiko obesiti, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, dan diabetes. Seterusnya membawa kepada serangan jantung. Kajian lain juga menunjukkan hubungan antara sarapan dengan obesiti, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kesihatan. Kalau kita lihat di sini, sangat banyak kesan akibat meninggalkan sarapan pagi.

Kajian ini dijalankan hanya pada lelaki berkulit putih, walau bagaimanapun hasilnya boleh diaplikasikan kepada kaum wanita dan juga etnik lain tetapi memerlukan kajian tambahan. Kita boleh mengambil sudut positif dalam kajian ini dengan mengubah gaya hidup yang tidak sihat. Kalau kita lihat nenek moyang kita, adakah mereka jenis yang meninggalkan sarapan mereka? Sebab itu kita boleh lihat generasi dahulu lebih sihat berbanding generasi sekarang yang mudah untuk mendapat penyakit.

sarapan pagi

Dalam konteks orang yang berpuasa pula, sahur merupakan sarapan bagi orang yang berpuasa. Sebab itulah, Rasulullah SAW sangat mengalakkan kita bersahur walaupun dengan sebiji tamar (kurma). Kita boleh mengubahnya.

Sarapan Yang Penuh Dengan Nutrisi

Selain daripada membekalkan tenaga kepada badan kita, makanan sarapan juga adalah sumber nutrisi yang mengandungi sumber kalsium, besi dan vitamin B, protein dan serat. Tubuh badan kita memerlukan nutrien yang penting ini dan beberapa penyelidikan saintis telah menunjukkan bahawa jika seseorang tidak makan sarapan pada waktu pagi, mereka akan kurang berkompromi untuk kemudian hari.

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber vitamin dan mineral yang baik. Jadi cuba memasukkan sebahagian makanan ini dalam sarapan anda semasa menyediakan makanan pada waktu pagi.

Jadi, kita kena Makan Sarapan Setiap waktu pagi. Kalau tidak, nanti tengah hari mulalah nak melantak banyak-banyak. Makan dengan cara ini memang tidak bagus demi kesihatan badan kita.

The post Kepentingan Untuk Makan Sarapan Setiap Pagi appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Kepentingan Untuk Makan Sarapan Setiap Pagi

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×