Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Maklumat Tentang Fobia dan Jenis-jenisnya

Perasaan takut melindungi diri kita daripada bahaya. Fobia pula mempunyai sedikit perkaitan dengan bahaya. Secara terperinci, fobia merupakan satu perasaan takut yang sangat kuat terhadap sesetengah situasi, aktiviti, ataupun objek. Fobia juga boleh dianggap tidak rasional bagi sesiapa yang tidak mengalaminya. Perasaan bimbang dan takut tidak menjamin dan membantu dalam berdepan situasi yang ditakuti itu. Kadang kala, ia boleh menjadi semakin parah sehingga boleh mengakibatkan kelumpuhan terhadap pesakit.

fobia

Terdapat ratusan fobia yang telah dikenal pasti, termasuk phobophobia, atau Fobia Terhadap penyakit fobia itu sendiri. Namun, apabila menyentuh tentang fobia, iatu satu jenis gangguan perasaan bimbang, pakar mengelaskannya kepada tiga kategori – agoraphobia, iaitu perasaan cemas ketika di tempat awam yang mengundang perasaan sukar untuk melarikan diri, social phobia, iaitu satu bentuk ketakutan dan penghindaran daripada situasi sosial, dan specific phobia, iaitu fobia terhadap sesuatu objek atau situasi.

Jenis-jenis Fobia

1. Agoraphobia: Fobia di tempat awam

Perkataan “agora” merujuk kepada sebuah pasar dan tempat pertemuan dalam Greece purba. Seseorang yang mengalami agoraphobia akan berasa takut terperangkap di dalam kawasan awam atau di kawasan seperti jambatan dan di dalam barisan beratur di bank. Ketakutan yang sebenar ialah apabila tidak mampu melepaskan diri sekiranya perasaan cemas terlalu menjadi-jadi. Agoraphobia lebih memberi kesan terhadap wanita berbanding lelaki, dengan nisbah 2:1. Jika tidak diubati, keadaan ini boleh mendorong pesakit menjadi seorang yang suka terperap di dalam rumah. Sebaliknya dengan rawatan, 9 daripada 10 pesakit boleh dibantu bagi mengatasi penyakit ini.

2. Social phobia: Menjangkaui daripada sifat pemalu

Seseorang yang mempunyai jenis fobia ini bukan sahaja seorang yang pemalu. Dia akan berasa amat cemas dan bimbang tentang bagaimana dia akan bertindak dalam situasi sosial. Adakah tindakannya akan nampak elok pada pandangan orang lain? Adakah orang sekeliling akan sedar bahawa dia sedang gelisah? Adakah dia akan menjadi lancar atau kelu untuk berkata-kata apabila tiba gilirannya untuk bercakap? Jika tidak dirawat, kebiasaannya akan membawa kepada penolakan untuk menghadiri majlis sosial, dan ia akan memberi impak negatif terhadap hubungan pesakit dan kehidupan profesionalnya.

3. Claustrophobia: Memerlukan jalan ke luar

Claustrophobia, satu perasaan takut yang tidak normal berkenaan terperangkap di dalam satu ruang yang tertutup. Ia agak biasa ditemui oleh orang yang mengalami fobia. Seseorang yang mengalami penyakit ini kebiasaannya takut untuk menggunakan lif atau terowong. Mereka akan menggunakan jalan yang lebih “selamat”, iaitu kawasan yang mempunyai pemandangan yang terbuka berdekatan pintu ke luar bangunan. Cara ini diterima pakai, namun tetap tidak boleh melegakan perasaan takut tersebut.

4. Zoophobia: Fobia terhadap haiwan

Merupakan fobia yang agak biasa ditemui. Zoophobia merupakan istilah umum. Ia dibahagikan kepada beberapa fobia pada haiwan yang tertentu. Sebagai contoh, arachnophobia – fobia terhadap labah-labah; ophidiophobia – fobia terhadap ular. Penyakit jenis ini kebiasaannya boleh terbina sejak zaman kanak-kanak, dan juga boleh hilang apabila meningkat dewasa. Walaupun begitu, ia juga boleh kekal sehingga dewasa.

5. Brontophobia: Fobia terhadap guruh

Walaupun penghidap fobia ini sedar bahawa guruh tidak akan mendatangkan kecederaan, mereka tetap berkeras untuk tidak keluar rumah ketika guruh kedengaran di langit. Mereka akan menyorok di belakang kerusi atau di dalam almari walaupun berada di dalam rumah. Fobia ini berbeza dengan fobia terhadap kedua-dua guruh dan kilat, yang dipanggil astraphobia, iaitu fobia yang turut dirasai oleh sesetengah haiwan.

6. Acrophobia: Fobia terhadap ketinggian

Seseorang yang mengalami fobia ini akan melalui detik mencemaskan walaupun hanya menaiki tangga. Serangan perasaan cemas jenis ini boleh membahayakan penghidapnya, apabila dia terlalu takut untuk turun daripada ketinggian tertentu.

7. Aerophobia: Fobia untuk terbang

Kebiasannya fobia ini terjadi kepada seseorang yang pernah mengalami detik mencemaskan berkaitan kapal terbang seperti kerosakan dan sebagainya. Walaupun insiden itu sudah dilupakan, namun perasaan takut itu kekal dan juga boleh dijana melalui tontonan filem berkaitan hempasan kapal terbang. Hypnotherapy biasanya akan dijalankan untuk mengenal pasti trauma peringkat awal untuk merawat penyakit jenis ini.

8. Blood-Injection-Injury Phobias

Ia termasuk hemophobia (fobia terhadap darah), dan trypanophobia (fobia menerima suntikan). Terdapat juga fobia terhadap prosedur perubatan. Penghidap penyakit ini kebiasaannya akan pengsan apabila berhadapan dengan fobia mereka.

Ada sesiapa di sini yang turut menghidap penyakit ini? Mungkin boleh berkongsi pengalaman dan cerita.

rujukan: webmd.com

The post Maklumat Tentang Fobia dan Jenis-jenisnya appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Maklumat Tentang Fobia dan Jenis-jenisnya

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×