Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Surat Rayuan Saman Sample dan Format

Siapa yang pernah dapat surat Saman kompaun trafik? Kadang-kadang ada yang sampai 4 saman sekaligus! Kalau dah kumpul banyak-banyak saman maka duit pun banyak-banyaklah untuk dilaburkan. Hehe, pernah sekali kakak aku kena 4 saman sekaligus. Dekat RM600 juga kalu tak silap aku, kalau nak kurangkan kena jumpa Ketua Polis Trafik di IPD. Apa lagi terus pergi jumpa dan alhamdulillah dapat potongan diskaun 50%. Lepas tu serik terus.

Kat bawah nie hanya contoh Surat Rayuan untuk mengurangkan saman trafik anda. Diambil daripada pejabat polis trafik, boleh la gunakan sample dan format rayuan ini untuk urusan pembayaran saman anda nanti, ada dua contoh yang aku letak, anda pilihlah mana-mana yang berkenan:

Sample dan format surat rayuan I

Nama & Alamat

——————————————————————————————————————-

Tarikh:

Kepada
Ketua Cawangan Trafik,
Ibu Pejabat Polis Daerah
Seberang Perai Utara,
Polis Diraja Malaysia,
Jln. Heng Choon Thian
12000 Butterworth,
Seberang Perai Utara,
Pulau Pinang.

Tuan,

Rayuan Dikurangkan Kadar Kompaun Kesalahan Saman Trafik

Saya seperti nama diatas ingin memohon jasa baik tuan agar dapat mengurangkan kadar kompaun saman trafik atas kesalahan _______________ yang dilakukan oleh saya ke atas saman nombor XXXXXX, kenderaan nombor XXX 1234.

2. Saya berjanji tidak akan mengulangi kesalahan ini dan diharap pihak tuan dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

____________________
(Nama & tandatangan)

Sample dan format surat rayuan II

Nama,
Alamat sendiri.
__________________________________________________________

Ketua Polis Daerah Padang Besar,
Ibupejabat Polis Daerah
Padang Besar
Polis Diraja Malaysia,
02100 Padang Besar,
Perlis 19hb September 2011

Tuan,

Rayuan Mengurangkan Kadar Saman, No Saman: XXXXXXX, No Kenderaan: XXX XXXX.

Murujuk kepada perkara di atas, saya ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk mengurangkan kadar saman yang dikenakan demi kesalahan saya atas melanggar undang-undang jalanraya.

2. Saya merayu pihak mempertimbangkan untuk mengurangkan kadar saman yang dikenakan atas saya kerana masalah kewangan peribadi yang ketat. Saya berjanji dengan tuan bahawa saya tidak akan mengulangi kesalahan yang saya buat kali ini lagi.

3. Ribuan terima kasih disampaikan dari saya terlebih dahulu atas jasa baik pihak tuan.

Sekian Terima Kasih.

Yang Benar,

________________________
(Nama & Tandatangan)

Saman Atas Kesalahan Jalanraya

Bagi kesalahan seperti tidak memakai tali pinggang keledar / letak kereta di atas garis kuning, saman dikurangkan daripada RM70 kepada RM50. Manakala untuk kesalahan seperti memandu melebihi had laju, saman dikurangkan daripada RM150 kepada RM100. Pandu cermat, wang selamat. Tumpu pada pemanduan.

Ok, semoga info serta maklumat tentang sample dan Format Surat Rayuan saman yang aku masukkan di atas tu dapat membantu anda. Tidak perlu pergi Balai terus, boleh draf terlebih dahulu kemudian baru pergi Balai untuk dapatkan RM100 diskaun. Sekian.

Artikel berkaitan:

  • Surat kiriman tidak rasmi dan contoh
  • Surat tidak hadir ke sekolah atas urusan keluarga

The post Surat Rayuan Saman Sample dan Format appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Surat Rayuan Saman Sample dan Format

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×