Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

4 Petua Power Untuk Elak Muflis

Sejujurnya Ainie tak gemar membicarakan hal begini.Namun terpaksa juga untuk kongsikan dalam artikel blog ini agar menjadi panduan dan rujukan Kepada kita supaya tidak terjebak dalam musibah Muflis.Istilah muflis atau bahasa lainnya ialah bangkrap boleh menjadi mimpi ngeri kepada mereka yang berhadapan dengan ujian yang berat ini.Tak kira kepada diri sendiri,pasangan hidup maupun kedua ibubapa.

kewangan

Elakkan hutang yang tidak perlu

Punca utama Muflis Kerana Pinjaman di bank tidak mampu dibayar dalam masa yang ditetapkan.Ramai yang muflis kerana pinjaman kereta,peribadi,perniagaan atau teraniaya sebagai penjamin kepada peminjam yang tidak bertanggungjawab.

Kesan muflis sangat dahsyat kepada tahap kewangan seseorang.Mereka tidak dibenarkan ke luar negeri.Tidak layak untuk menerima kenaikan pangkat atau menjadi pengarah kepada sesebuah syarikat.Malah lebih tragis jika dilucut hak untuk menerima pencen dan ganjaran dalam KWSP.

Oleh hal demikan mari kita sedaya upaya untuk tidak terkena muflis sekiranya ada masalah dalam hutang piutang bank.HB suka nak kongsikan info ini untuk manfaat kita bersama.HB perolehi info ini dari majalah Keluarga Harmoni yang bersiaran pada April 2011.

Berikut ialah 4 petua power untuk elak muflis daripada terjadi:

1. Berbelanja mengikut kemampuan

Apa yang peliknya ada yang tidak dapat membezakan keperluan dan kehendak.Apabila keperluan diketepikan manakala kehendak diutamakan maka akan berlaku perbelanjaan melebihi pendapatan.Ditambah pula dengan cara pengurusan kewangan yang lemah.Akhir cerita, ada yang terpaksa berhutang sana dan sini untuk menyara hidup.Potensi untuk tidak mampu untuk membayar hutang sangat tinggi.

2. Jangan terpengaruh

Manusia mudah dikuasai oleh nafsu terutama nafsu untuk berbelanja dan membeli belah.Akibat yang jelas mereka boleh berbelanja besar dan lebih dari keperluan.Tambahan pula jsekarang terlalu banyak iklan yang mengoda jiwa dan perasaan.Kalau dapat cuba elakkan sedaya upaya

3. Dapatkan khidmat AKPK

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit adalah agensi yang diiktiraf.Kita tidak patut rasa khuatir atau rasa sangsi dengan kepakaran dam pengalaman mereka dalam memberi nasihat untuk pengurusan kewangan kita.

4. Kempen Kesedaran

Tidak dapat tidak masyarakat mesti disedarkan betapa bahayanya berhutang.Jika dah berhutang cuba sedaya untuk membayar balik.Tak bayar maka bahaya yang menimpa seperti boleh dikenakan muflis.Oh.Memang sedah sangat tu,

The post 4 Petua Power Untuk Elak Muflis appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

4 Petua Power Untuk Elak Muflis

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×