Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kecelaruan Bahasa

Sebelum ini, aku yakin dalam setiap patah perkataan yang aku tuliskan di atas lembaran² kertas dan ruangan² entri di laman sesawang. Tapi semenjak dua menjak ni, aku sedikit celaru dengan setiap patah perkataan yang aku tulis dan tuturkan. Semakin bercelaru. Aku turut terjebak kah?

Faktor teknologi memang tidak boleh dinafikan dalam hal ini. Bermula dengan kehadiran SMS di telefon bimbit, kini ruang² di laman sosial semakin melambak² kecelaruan Bahasa ini. Mungkin ada yang mengatakan..

bahasa malaysia

bahasa malaysia

Ala, jangan la skema sangat.

Aku tak la skema sangat pun. dan, pasti ada yang menyambung

Poyo la mamat ni.

Poyo tu apa sebenarnya ye? Apa aku faham, poyo tu seakan bermaksud perasan hebat, berlagak atau mungkin sombong. Ye ke? Mungkin la~

Tapi pada aku secara peribadi tidak la kaku dengan bahasa baku, tapi aku suka menggunakan bahasa mengikut pada masa dan keadaannya, tempat dan mereka disekelilingnya. Aku sekadar MENGHORMATI BAHASA itu sendiri.

Dalam penulisan rasmi sudah pasti bahasa standard perlu digunakan atas lebih sasteranya bahasa persuratan. Jika dalam perbualan biasa, pasti saja bahasa² pasar dan bahasa yang tak berapa nak standard digunakan. Jadi pandai² la menilai sesuatu keadaan itu.

Bahasa rojak? Konon² nak berlagak cakap mat salleh la. Pada aku, itu bergantung pada orang, ada yang menggunakan untuk belajar dan tambah baik pertuturan dan vocabulary. Ada juga yang dah terbiasa.

Ejaan.

Aku kurang berkenan dengan mereka yang menukar huruf dalam perkataan yang mereka tulis. Tulis singkat tu boleh diterima lagi.

Contohnya:-

– paleng = paling
– carat = karat
– Scudai = Skudai [nama tempat pun main hentam je]

dan banyak lagi yang aku tak dpat senaraikan. Kalau aku jumpa nanti aku senaraikan.

Singkatan.

Kalau singkatan tu biasa orang guna dan orang akan faham. Tapi singkatan yang pelik2 pun ada dan pelik aku membacanya. Dia bajet orang yang baca tu faham la. Sengal sungguh. haha.

Contohnya:-
– aq aku
– mrq mereka
dan banyak lagi. Kalau jumpa lagi aku akan senaraikan.

Kalau nak tau punca² lain boleh bacanya di laman DBP >> Kecelaruan Bahasa

Jadi, untuk diri aku sendiri dan anda yang membacanya, hormatilah bahasa yang anda gunakan. Gunakan dengan betul pada tempat, masa dan kepada mereka yang sesuai. Jangan main hentam je. Bahasa, identiti bangsa dan anda adalah pewarisnya. Hormati bahasa dan bahasa akan menghormati anda juga, dengan cara mereka yang bertutur dengan anda akan menggunakan bahasa yang baik² saja. Bukan bahasa caci maki. 🙂

The post Kecelaruan Bahasa appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Kecelaruan Bahasa

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×