Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Sewa RM40 Gazebo dan Mandi Sungai Sampai Lebam Di Bamboo Camp & Resort Hulu Langat Selangor

Airnya adalah sumber yang datang dari Empangan Sungai Langat nun di penjuru Lembah Klang berhampiran Gunung Nuang. Air lebihan dari empangan ini dibiarkan melimpah melalui denai hutan menuju ke arah laut.

Mandi Manda Berkelah di Bamboo Camp Hulu Langat


Di mana terdapat air disitu adanya kehidupan. Disepanjang aliran air yang membentuk anak sungai ini menjadikan terdapat beberapa kawasan yang Agak sesuai terbentuknya jeram yang memungkinkan untuk masyarakat manusia untuk beriadah dan mandi-manda.


Perjalanan penulis dari Banting dalam misi mencari sumber air dengan lompatan aktif di jeram bermula dengan melalui Lebuhraya KESAS yang memerlukan bayaran tol sebanyak dua kali.

Berpeluang menggunakan Labuhraya SUKE yang juga memiliki beberapa stesen tol yang memerlukan penulis membuat bayaran sebelum berjaya menikmati sedikit keindahan pinggir Ampang dengan view pencakar langit bandaraya Kuala Lumpur.

Habis sahaja menikmati laluan sempit dengan litupan pohon menghijau disekeliling sambil tangan dan kaki tidak pernah rileks memandangkan jalan yang agak bengkang bengkok, penulis berjaya menemui kelibat deruan air yang bersebelahan jalan kampung yang agak sibuk walaupun agak terpencil.

Kawasan Berkhemah Sungai Berjeram Di Hulu Langat Selangor

Penulis dapat pastikan bahawa aliran sungai ini adalah seperti mana yang penulis ceritakan tadi, sumber air sejuk dari Empangan Sungai Langat.

Kehadiran sungai ini menyebabkan kawasan sekitarnya wujud dengan pembinaan kawasan rehat berjeram. Seperti juga salah satu tapak perkhemahan (campsite) yang berjaya penulis tempah ini, iaitu Bambo Camp & Resort Hulu Langat.

Sungai Di Bamboo Camp


Sebuah 'campsite' dalam kawasan tanah persendirian (private) yang hanya boleh dimasuki oleh pengunjung Bamboo Camp ini sahaja. Pintu masuk utama dikawal selia oleh pemilik (atau staf) Bamboo Camp sebagai rutin adakah penulis membuat tempahan di sini.

Bamboo Camp & Resort Hulu Langat Selangor

Kali ini penulis tidak ingin melakukan aktiviti perkhemahan jangka panjang di Bamboo Camp. Sekadar menikmati air jeram dan beberapa bekalan makanan yang dibawa sahaja. Boleh dikatakan untuk balik hari (day trip).

Bamboo Camp Signboard


Apa yang menarik di Bamboo Camp adalah bangsal/gazebo yang telah di cat dengan warna kuning buluh kuning telah disediakan. Pengunjung yang telah membuat tempahan boleh terus menggunakan bangsal/pondok ini, mungkin lebih sedap dipanggil gazebo.

Gazebo Menghadap Sungai


Gazebo Bamboo Camp

Pondok yang terbina dari 75% bahan organik ini iaitu kayu dan pelantar konkrit sebagai tapak dilihat agak selamat untuk didiami. Apalagi jika pengunjung membawa khemah sendiri, boleh sahaja di pasang dan diletakkan di dalam bangsal ini. 

Deretan Gazebo Bamboo Camp


Dari pengamatan, khemah dengan kapasiti 4 orang masih boleh muat.

Panorama yang akan disaksikan menghadap bangsal ini adalah sungai yang penulis ceritakan asal usulnya tadi. Dengan kebun durian (yang tidak agak terjaga) di seberang, memberikan 'vibes' alam semulajadi bergabung dengan masyarakat.

Ruang Dalam Gazebo Bamboo Camp


Sungai berada agak ke bawah dengan bangsal, memerlukan sedikit keringat halus untuk sampai ke gigi air. 

Pit  Tempat Grill/BBQ

Pit Barbecue dan Memasak


Tempat bakar (bbq pit) disediakan di hadapan setiap bangsal. Dibina dengan batu bata, memberikan keyakinan dalam menyediakan makanan berasaskan panggangan.

Agak 'layan' juga memasak/memanggang makanan dengan berlatar depan air sungai yang mengeluarkan deruan alam semulajadi yang agak 'art berat'.

Fasiliti Kemudahan Awam

Pihak Bamboo Camp menyediakan kemudahan awam untuk dikongsi bersama demi memudahkan pengunjung tidak perlu pergi jauh untuk membersihkan diri dan bersolat.

Surau dan Tandas Awam


Bilik Air Awam

Tandas yang agak besar disediakan. Empat buah tandas untuk berhadas kecil dan besar dalam satu binaan. Menghadapnya disediakan tempat mandi dengan pancuran yang agak laju.

Suasana balik raya di rumah-rumah kampung versi terdahulu pasti tersingkap kembali apabila menggunakan bilik air Bamboo Camp ini.

Surau/Tempat Solat Awam

Selain mendekatkan diri dengan alam semulajadi, surau juga dibina untuk mendekatkan lagi dengan Pencipta alam semulajadi tersebut. Tidaklah begitu luas, namun boleh memuatkan 4 atau 5 orang dala satu masa. Sejadah juga disediakan.

Kedai Runcit Mini

Disebelah sebuah kolam mandi takungan yang keruh airnya, terdapat satu kedai runcit mini. Menjual makanan ringkas seperti mi segera, jajan dan beberapa makanan ringan

Penjualan kopi jalanan juga kelihatan. Dari segi harga, hampir menyamai harga di pulau-pulau di Malaysia.

Port Glamping 

Bagi yang ingin bermalam disini dalam versi 'glamping' yang agak selesa berbanding tidur di gazebo di tepi sungai, terdapat satu bangunan khas untuk glamping.

Port Glamping Bamboo Camp


bagi mengelakkan berlakunya sesuatu ketika tidak sedar kawasan ini agak tinggi berbanding gazebo yang ada.

Kolam Bilasan Buatan Sendiri

Terdapat satu kolam yang mungkin airnya diambil dari kawasan air sungai namun agak kurang menyakinkan bahawa warnanya seakan warna teh tarik yang kurang susu kelihatan.

Mandi Kolam Air Teh Tarik


Untuk dijadikan bilasan setelah berhempas pulas melawan air deras dan batuan berlumut di sungai, kira bolehlah.

Walaupun warna yang agak kurang menyakinkan, namun airnya cukup sejuk, meyakinkan penulis bahawa ia air mata air dari bukit.

Ulasan Penulis

Dari segi kepuasan bermain air sungai jeram memang puas, sungai yang agak deras namun agak sempit apabila semua masyarakat mula turun bermain air.

Mandi Sungai Pangsun


Penemuan kaca pecah disekitar juga sedikit kegusaran dari segi keselamatan. Penemuan sedikit sampah dalam air sungai, mungkin ini adalah tanggungjawab pengunjung sendiri.

Dari segi keseluruhan penulis agak berpuashati dengan suasana dan kemudahan yang ada. 

Namun, apabila waktu puncak ia agak tidak begitu persendirian.Dengan harga RM40/gazebo dan mendapatkan sedikit kesembuhan (healing) masih agak berpatutan dimana anda boleh menggunakan sungai yang tersedia secara tanpa had 'unlimited'.

Informasi Pengunjung

Lokasi Penginapan

Sesudah exit Lebuhraya SUKE terus sahaja menuju ke arah Empangan SUngai Langat.Bamboo Camp & Resort terletak di bahagian kiri dalam perjalan tersebut, ini berguna jika anda tidak menggunakan sebarang aplikasi. 

Boleh dilakukan carian melalui Google Maps dan Waze.

Bamboo Camp & Resort ,

B52, 

43100 Hulu Langat, Selangor

Jenis Penginapan

Gazebo/pondok/bangsal

Harga Penginapan

Gazebo : RM40/hari

Fasiliti/Kemudahan

2 Buah bilik air awam

Tempat BBQ

Surau

Kedai Runcit Mini 

Liputan Data Internet/Telefon/Telekomunikasi

Umobile - 2G

Celcom - 4G

Polisi/Peraturan

Tiada signifikan

Hubungi

0176562406




This post first appeared on Snapbackpacker Travelogue, please read the originial post: here

Share the post

Sewa RM40 Gazebo dan Mandi Sungai Sampai Lebam Di Bamboo Camp & Resort Hulu Langat Selangor

×

Subscribe to Snapbackpacker Travelogue

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×