Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Review Menginap Di Dash Studio Pool View Dash Box Hotel Cyberjaya

Apabila seorang anak lelaki mula menjangkau usia 2 tahun dan bapanya pula inginkan satu percutian keluarga mini yang boleh memberikan sedikit kesan dalam peningkatan sel-sel otak behubung ketika bercuti.

Review Studio Pool Room Dashbox Hotel Cyberjaya


Satu kawasan penginapan yang tidak begitu jauh dari rumah, sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya sebagai lokasi pilihan. Sebuah chalet atau bilik yang cukup ringkas dengan kelengkapan yang lengkap, mungkin kondisi sebuah bilik bersaiz studio pun sudah memadai.


Penginapan Dalam Art Ringan Alam Semulajadi

Apalagi kawasan sekeliling yang memiliki 'suasano' dan 'vibes' alam semulajadi yang sedia bergabung dengan keadaan futuristik yang apabila dilihat melalui pandangan mata seorang kanak-kanak berusia 2 tahun ia merupakan satu dunia fantasinya.

Apalagi dengan kewujudan kolam renang persendirian (private pool) yang dekat dengan bilik menginap hanya beberapa langkah sahaja dengan panorama pohon menghijau yang renek memberikan 'suasano' tenang itu indah.

Dashbox Hotel Cyberjaya

Apa yang Penulis inginkan ini sebagaimana yang dinyatakan di atas memang wujud. Tempat yang berjaya memenuhi kriteria percutian keluarga penulis ini dinamakan Dashbox Cyberjaya.

Mercu Tanda Dashbox Cyberjaya


Bermula dengan carian di internet untuk membuat tempahan, penulis terus membuat panggilan ke meja pendaftaran Dashbox Cyberjaya. Berjaya diangkat dan segala inkuiri berjaya penulis dapatkan dan terus membuat pendaftaran.

Penulis disarankan untuk membuat pendaftaran tempahan daftar masuk (check in) di laman sesawang Dashbox Cyberjaya sendiri kerana lebih murah berbanding membuat tempahan melalui telefon atau jalan dalam (walk-in) haha.

Tempahan Daftar Masuk Melalui Laman Sesawang Dashbox Cyberjaya

Carian pada Google Search Box dengan kata kunci 'Dashbox Cyberjaya' membawa penulis kepada satu laman sesawang yang bukannya terus dengan alamat Dashbox, namun, dengan nama Riyaz Hotel. Beberapa kali juga penulis kurang yakin untuk menggunakan laman sesawang ini namun Riyaz Hotel adalah 'bapa' kepada Dashbox Cyberjaya, maka ia 'legit'.

Dash Studio Pool View

Dashbox Pool View Studio


Demi mendapatkan 'vibes' dan kesan 'art' berat alam semulajadi dengan bunyian deruan air serta biasan berkaca dari kolam. Penulis berjaya mendapatkan sebuah bilik dalam kategori Dash Studio Pool View.

Dashbox Studio Pool View Depan


Melihatkan beberapa batang paip yang sudah diwarnakan pada kepala katil, penulis pasti bilik studio ini memang berada dalam seni futuristik apalagi kelihatan beberapa mural sprocket yang gagal penulis ukur saiznya.

Impresi Pertama Bilik 314 Dashbox


Dash Studio Pool View membolehkan penginapan buka sahaja langsir terus dapat melihat kolam di hadapan.

Dashbox Pool View Siang

Bilik 314 diberikan ketika mendaftar masuk. 

Bagi penulis bilik 314 agak strategik untuk mendapatkan kesan 'art' ringan alam semulajadi memandangkan penulis dapat menikmati dua jenis permandangan iaitu permandangan kolam (pool view) dan permandangan taman (garden view). 

Dashbox Pool View Malam


Dua kategori ini adalah berlainan jika membuat tempahan.

Apa yang Ada Dalam Dash Studio Pool View ?

Memandangkan ia adalah versi bilik studio, perkakasan dan kelengkapan dalamnya cukup minimalis. Walaupun minimalis namun lengkap.

Apa yang menarik minat penulis pada pandangan pertama selepas meletakkan 'electronic key' pada slot dan terbukanya segala lampu serta alatan eletrik adalah suasananya.

Dengan lampu oren jingga yang redup (dim) ditambah pula dengan warna hijau dinding dalam bilik ini, sedikit memberikan senyuman, selamat datang ke dunia 'art' futuristik yang agak minimalis.

View Luar Dari Dalam Bilik


King Size Bed

Tempat berguling dan berdenyut denyut ini adalah dalam saiz king. Putih secara totalnya. Mampu memuatkan seorang abah, seorang ibu dan seorang anak kecil berusia dua tahun.

King Size Bed


Selimut tebal gebu tipikal mana-mana hotel diberikan, pasang aircond, berselimut risau terlebih tidur sehingga waktu daftar keluar.

Jaga-jaga tidur malam, risau ada paip dan gear jatuh hempap kepala. Itu gurau.

Katil Tepi Tingkap


Pendingin Hawa

Bilik berkeluasan 33 meter ini, dilengkapi dengan satu pendingin hawa sebagai satu sumber ventilasi untuk bilik yang saiznya tidaklah begitu besar, tidaklah begitu terkurung dengan udara yang sama. Remote aircond disediakan anda mampu mengubah suhu yang dinginkan.

Bilik Air

Jika anda pernah tinggal di sebuah apartmen di Australia di sekitar Bankstown begitulah bilik airnya. Ruang mandi dan membuang hadas dalam satu ruangan sama namun dibatasi oleh pintu kaca.

Shower and Toilet


Usah risau akan kesejukan sehingga bersalji bulu hidung kerana setiap faucet, showernya didatangkan dengan air panas yang boleh laras.

Rak dan Sinki


Peti Sejuk dan Peti Simpanan Berkunci

Cukup terbaik apabila terdapat peti ais mini untuk simpanan makanan dan minuman. Bolehlah buat simpan makanan dari luar supaya tahan lama dan tidak memberikan aroma kurang senang di dalam udara bilik.

Mini Peti Sejuk


Kehadiran peti besi juga mungkin berguna jika anda tiada kad debit, kad kredit dan hanya bawa wang tunai berkepok-kepok. Atau risau ada 'toyol' letak barang berharga dalam peti besi.

Safety Box


Hiburan Dalam Bilik

Televisyen disedikan sebagai pelengkap bunyi-bunyian dalam bilik. Walaupun tidak banyak saluran yang ada, setakat mahu layan berita politik, drama swasta bolehlah. Penggemar AXN pasti teruja kerana ada saluran tersebut.

Televisyen


Zaman canggih, streaming sahaja paling tidak pun layan Youtube. WIFI disediakan.

Cerek, Teh dan Kopi

Sebagaimana tipikal bilik resort/chalet akan dilengkapi dengan cerek dan sedikit kondimen ringkas berupa sachet 3 in 1 seperti teh dan kopi.

Cerek Teh Kopi dan Air Mineral


Dalam bilik ini juga disediakan juga, dalam kuantiti dua orang makan/minum.

Kolam Mandi Dashbox Cyberjaya

Salah satu kriteria penyebab penulis menjadikan Dashbox Cyberjaya sebagai pilihan percutian adalah terdapat kolam mandi. Kolamnya agak luas dengan rekabentuk yang bukan tipikal petak seperti Proton Saga kereta kebal, lebih kepada kereta porche rekabentuknya.

Kolam Mandi Dashbox Cyberjaya


Pengunjung akan diberikan gegelang kertas bewarna hijau daun pisang sebagai pas masuk menggunakan kolam persendirian di Dashbox Cyberjaya ini.

Pas Masuk Guna Kolam Dashbox


Usah risau mengenai kedalaman, terdapat beberapa kawasan yang sudah ditandai dengan kedalaman kolam. 

Kolam Dashbox Warna Hijau


Paling cetek adalah 0.5meter dan paling dalam 1.2meter. Dari kanak-kanak dua tahun sehingga abah dan ibu kanak-kanak boleh menikmati mandi kolam.

Santai Tepi Kolam

Suasan kolam malam harinya pula agak romantik dan bewarna-warni, cukup menenangkan (jika tiada lagu background). Dengan siangnya bewarna hijau, malam pula dengan warna biru dengan persekitaran ungu.
Kolam Mandi Dashbox Waktu Malam


Ulasan Penulis

Suka atau Tidak Menginap Di Dashbox Cyberjaya 

Apa yang membuatkan penulis agak suka akan Dashbox Cyberjaya adalah panorama, permandangannya, masih berulang-ulang siaran seumpama astro di tv. 

View Dashbox Ketika Malam


Pengalaman menggunakan kolam yang agak menyeronokkan, anak dan isteri juga puas dengan kolam mandi.

Apa yang agak 'annoying' adalah lagu yang agak 'vibes' yang sentiasa dipasang, apalagi bila 'speaker' berbentuk batu berada di hadapan bilik. Sekitar 10 malam rasanya baru keadaan sunyi.

Beberapa kerusi kolam disedeiakan dengan payung. Sesuailah bagi yang sudah atau tidak mahu berendam, menikmati minuman sambil menikmati 'art' biasan air kolam.

Terdapat satu gelongsor (slide) untuk mereka yang ingin merasakan sedikit 'escape' versi kanak-kanak.

Layanan Staf

Dari segi layanan staf kepada penulis sendiri, tiada sebarang masalah. Cukup 'friendly' ketika membuat pendaftaran. Sedia membantu penulis ketika ada tertinggal barangan dalam bilik selepas 'check-out'. 

Berbaloikah Menginap Di Dashbox Cyberjaya ?

Dari segi harga dengan pengalaman yang diperoleh sepanjang menginap di sini, masih boleh dianggap berpatutan. Namun, agak mahal untuk fasiliti yang minimalis.

Dengan harga menghampiri RM300 (harga sebenar RM272) per malam. Bagi kelengkapan penginapan agak mahal akan tetapi dengan suasana, kawasan, kolam mandi dan permandangan fasiliti dan lanskap ia agak berpatutan.

Informasi Pengunjung

Lokasi Hotel

Cukup mudah untuk ditemui, apabila sampai di satu simpang empat Persiaaran Apec Cyberjaya. 

Jika dari Putrajaya terus ambil kiri, dan Dashbox Cyberjaya akan kelihatan di bahagian kanan.Waze dan Google Maps sahaja, tepat lokasinya.

Dashbox Hotel Cyberjaya,

Persiaran APEC, 

Cyber 8, 63000 

Cyberjaya, 

Selangor

Jenis Bilik

Dashbox Studio Room

Harga Penginapan

RM272/malam

Kemudahan Lain

Smart TV

Wifi

Safe Deposit Box

Mini Peti Sejuk

Kelengkapan

Tuala : 2

Tempat Sidai Pakaian

Cerek Air c/w nescafe, boh sachet

Kelengkapan Dalam Bilik


Liputan Data Internet/Telefon/Telekomunikasi

Umobile - 4G

Celcom - 4G

Polisi/Peraturan

Check In : 3.00 p.m 

Check Out : 12.00 p.m

Hubungi Dash Box Hotel Cyberjaya

Telefon : +603 83227171

Laman Sesawang : https://www.riyaz-hotels.com/hotels/malaysia/cyberjaya/dash-box-hotel-cyberjaya/

TEMPAH BILIK DASHBOX HOTEL CYBERJAYA DENGAN AGODA




This post first appeared on Snapbackpacker Travelogue, please read the originial post: here

Share the post

Review Menginap Di Dash Studio Pool View Dash Box Hotel Cyberjaya

×

Subscribe to Snapbackpacker Travelogue

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×