Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Healing dan Santai Di Bukit Jelutong Eco Community Park Selangor

Siapa yang sangka dan menduga, mereka yang berada sekitar Shah Alam, Kuala Lumpur dan sekitarnya tidak perlu meletihkan dan menghabiskan masa dan duit tol untuk menikmati permandangan seperti New Zealand.

Healing dan Santai Di Bukit Jelutong Eco Community Selangor


Hmmm..Bandingkan dengan New Zealand agak 'overrated' mungkin seperti suasana Felda New Zealand di Kuantan Pahang. Okay, mungkin ada iras sedikit tapi cuacanya.


Bukit Jelutong Eco Community Park

Terletak di kawasan Bukit Jelutong terdapat satu kawasan menarik untuk peminat tasik dengan ikan berenang-renang, atau melihat sekawan itik yang bewarna putih berenang-renang dengan kaki kwek kwek berlatar belakangkan bukit yang kelihatan kelibat kambing dan biri-biri sedang bermain dan melompat-lompat mesra.

Tema Dusun Dalam Bandar


Tempat yang penulis maksudkan ini adalah Bukit Jelutong Eco Comunity Park.

Bermula Dengan Trekking dan Hiking Dari Kawasan Parkir

Malangnya untuk sampai ke pintu masuk Bukit Jelutong Eco Comunity Park ini memerlukan pengunjung berjalan kaki, lebih afdal dikelaskan sebagai 'trekking' dan sedikit 'hiking'. 

Agak jauh kawasan parkirnya untuk ke taman ini. Perlu menuruni bukit dan berjalan agak-agak dalam 1000 langkah untuk sampai.

Bagi yang berjaya menghabiskan nasi lemak telur mata ketika sarapan tadi, berkemungkinan makanan tersebut sudah dihabiskan untuk kalori perjalanan ini.

Kereta dan kenderaan tidak dibenarkan masuk, memandangkan cukup sempit laluannya. Laluannya juga agak lecak dan berlubang, jika membawa 'stroller baby' pun perlu membuat sedikit talaan 'alignment' pada tayar stroller.

Tidak pelik jika ada yang berkata;

"inilah kali pertama dan terakhir ke sini"

Tanda-tanda anda sampai di Bukit Jelutong Eco Comunity Park ini, akan kelihatan tasik bewarna lumut kehijauan yang agak luas dan satu restoran di bahagian kiri anda.

Apa yang Ada Di Bukit Jelutong Eco Comunity Park ?

Bagi yang ingin menikmati 'hiking' dan teduhan pohon dilereng bukit bolehlah menuju ke bahagian kanan tasik.

Tasik Eco Community Bukit Jelutong


Bagi yang ingin menikmati panorama ala ala New Zealand (dalam cuaca khatulistiwa) silalah menuju ke bahagian kiri yang akan melalui satu restoran.

Binaan Tepi Tasik Eco


Boleh sahaja menikmati keindahan mengelilingi tasik yang bewarna air teh peng, sesekali akan kelihatan ikan yang ada didalamnya jika tidak diumpan ke tepi dengan makanan ikan.

Kedai Makan Tepi Tasik


Penulis agak bernasib baik kerana berjaya terserempak dengan ibu itik bewarna putih yang sedang mengeram dan menjaga telurnya di bawah pokok berhampiran gigi air tasik.

Tempat Duduk, Hampar Tikar, Berkelah

Pastinya yang datang ke Bukit Jelutong Eco Community Park inginkan ruang dan peluang untuk berkelah dengan menghamparkan tikar sambil menikmati bekal makanan dan minuman yang dibawa.

Pangkin Bawah Pokok


Banyak teduhan semulajadi dari pohon dan pokok yang ditanam disini untuk teduhan berkelah. Apalagi terdapat kerusi, bangku dan meja disediakan, kena dengan kedudukan condong matahari, pastinya redup dan berangin akan dinikmati.

Bangsal, Pondok Di Lereng Bukit 

Pondok Di Atas Bukit Eco Community


Gunakan sedikit tenaga kimia dalam badan untuk diubah kepada tenaga kinetik membuat sedikit pendakian untuk sampai ke lereng-lereng yang telah dibuat dengan bangsal atau pangkin untuk melihat panorama dari kedudukan yang agak tinggi dari aras laut.


Teduhan Berkerusi

Cukup selesa apalagi dengan panorama indah dengan ditemani oleh angin bayu membawa diriku..(ok, itu lirik lagu). Binaannya juga diyakini teguh, utuh dah semegah holding adanya, yakinlah sedikit untuk 'healing' di pondok lereng bukit ini.
Binan Pondok yang Utuh


Bergambar Dengan Haiwan Ternakan Jarak Dekat

Jika berpeluang dan berkesempatan dapatkan momen menarik dan jarang ditemui dengan memeluk haiwan seperti anak kambing, atau lebih berani memeluk haiwan lain seperti ayam dan itik. Memeluk ikan, agak sukar namun boleh juga dicuba apabila berjaya membawa naik ikan tersebut.

Bergambar Dekat Dengan Itik.jpg


Namun, terdapat ruang waktu dan ketika untuk melalukan aktiviti ini kerana terdapat masa dimana pengunjung tidak dibenarkan melakukan aktiviti ini kerana staf sedang menjalankan tanggungjawab mereka memulihkan emosi dan persekitaran taman demi rezeki yang halal.

Trek Mendaki Bukit

Bagi yang ingin melatih jantung untuk menerima cabaran dalam aktiviti mendaki, terdapat trek untuk aktiviti ini, menyelusuri tiang eletrik TNB sambil merasai jerih perih pekerja TNB untuk selenggara tiang-tiang ini.

Trek untuk Hiking Eco Community


Selain dapat melihat panorama taman ini dari kaca mata seekor burung (jika burung tersebut rabun).

Pandangan Dari Bukit


Taman Madu Kelulut

Kehadiran taman dan pokok serta tumbuhan yang pelbagai di taman ini memudahkan untuk kelulut mendapatkan sumber untuk menghasilkan madu. Tidak semua madu adalah manis, ada juga madu yang agak masam, tak percaya ? 

Sarang Kelulut


Boleh cuba nikmati madu kelulut di Bukit Jelutong Eco Community Park ini. Dengan deretan rumah kelulut yang dibina untuk mendapatkan madu asli hasil bunga-bungaan dan hasil nektar kawasan sekitar.

Informasi Pengunjung

Lokasi Taman

Dari Lebuhraya Gutrie terus masuk ke jalan menuju ke Jaya Grocer. Rentasi kawasan perumahan dan akan berjaya ditemui dengan bantuan aplikasi Waze dan Google Maps untuk ke Bukit Jelutong Eco Community Park.

Bukit Jelutong Eco Community Park,

Jalan Lelangit U8/45, 

Bukit Jelutong, 

40150 Shah Alam, 

Selangor

Harga Tiket

Percuma

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari mula beroperasi jam 7 pagi sehingga jam 7 malam.

Kemudahan dan Kelengkapan

Restoran

Liputan Data Internet/Telefon/Telekomunikasi

Umobile - 4G

Celcom - 4G




This post first appeared on Snapbackpacker Travelogue, please read the originial post: here

Share the post

Healing dan Santai Di Bukit Jelutong Eco Community Park Selangor

×

Subscribe to Snapbackpacker Travelogue

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×