Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Bayaran dan Fi Masuk Ke Pulau Kapas Terengganu

Pulau Kapas walaupun secara perimeternya tidaklah begitu besar berbanding Pulau-pulau lain sekitar Terengganu. Pulau Kapas memiliki keistimewaannya sendiri. Malah lebih dekat, sama sahaja aktiviti boleh dilakukan di pulau kapas.



Pulau Kapas cukup sesuai untuk percutian seharian (day trip) atau bermalam. Penulis akan kongsikan beberapa bayaran dan kos yang diperlukan untuk melengkapkan percutian di Pulau Kapas Terengganu.


1.Bayaran  Parkir Jeti Marang

Kawasan parkir yang cukup luas, boleh parkir didepan kiosk-kiosk jualan tiket feri ke Pulau Kapas. Namun, jika penuh masih ada parkir di bahagian belakang premis jualan tiket.

Harga Tiket: 

Day Trip: RM 6.00/malam

Bermalam (Stay pulau): RM 9.00/malam

2. Fi Masuk ke Pulau Kapas

Terdapat dua jenis bayaran sebelum boleh menaiki feri/bot ke Pulau Kapas. Kedua-duanya perlu dibuat bayaran di Jeti Marang.

Dua caj tersebut adalah;

a) Bayaran Perkhidmatan dan Akses Pulau : 

Bayaran Perkhidmatan dan Akses Pulau Kapas


Dewasa: RM 5.00

Kanak-Kanak (5 hingga 12 tahun): RM 3.00

b) Bayaran Taman Laut : 

Bayaran Taman Laut Pulau Kapas Receipt


Dewasa: RM5.00

Kanak-Kanak (5 hingga 12 tahun): RM 2.00

Warga Emas (60 tahun ke atas): RM 2.00

3. Tiket Bot/Feri (Ombak Kapas)

Penulis menggunakan perkhidmatan bot dan feri dari Ombak Kapas, kerana penulis akan menginap di Ombak Kapas Resort Pulau Kapas.

Ombak Kapas Boat Ticket Receipt


Harga Tiket Bot: 

Dewasa : RM 40.00 (pergi/baik)

Kanak-Kanak (5 hingga 12 tahun): RM 20.00 (pergi/baik)

Pulau Kapas Sea View


Harap info di atas akan memudahkan bakal pelancong ke Pulau Kapas menyediakan wang atau penyedian itinerary dengan bajet yang telah dirancang. Kos dan bayaran di atas adalah maklumat bayaran untuk ke Pulau Kapas dengan tambahan untuk aktiviti snorkeling.



This post first appeared on Snapbackpacker Travelogue, please read the originial post: here

Share the post

Bayaran dan Fi Masuk Ke Pulau Kapas Terengganu

×

Subscribe to Snapbackpacker Travelogue

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×