Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Penginapan 2 Hari 1 Malam Di Idham Homestay Manir Kuala Terengganu

Setiap kali bercuti dalam bilangan yang ramai, inap desa (homestay) pasti menjadi pilihan. Rumah yang disewakan kepada tetamu dalam satu jangka masa yang singkat, inilah penginapan 'homestay' percutian zaman moden.

Idham Homestay Manir Kuala Terengganu


Apatah lagi sebuah homestay yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti parkir luas, kipas dan pendingin hawa, Bilik yang banyak dan memenuhi kehidupan dalam sebuah rumah.


Homestay 'Banglo' Di Kuala Terengganu

Kena pula dengan kedudukan sekitar yang berada di pinggir bandar dengan suasana kampung yang damai lagi menenangkan. Paginya ditemani dengan sapaan lembut angin dari kawasan lapang sawah padi tinggal dan kesuaman dari matahari jam lapan pagi dari sebelah sisi homestay.

Homestay Bersaiz Banglo


Sebenarnya homestay sebegini memang wujud di Terengganu. Penulis berjaya melepasi pengalaman untuk menginap di sebuah homestay yang terletak di tengah-tengah sawah padi yang sudah tidak digunakan untuk bermalam sambil melengkapkan itinerary percutian di sekitar Kuala Terengganu.

Homestay yang penulis maksudkan adalah Idham Homestay yang terletak di Manir, Terengganu.

Ruang Tamu

Ruang tamunya cukup luas, sesuai untuk ada anak kecil yang sukakan aktiviti berlarian atau pra fun walk 5km. Dengan lantai mozek menambahkan lagi keinginan untuk bergolek-golek. 

Ruang Tamu Homestay


Jika ini rumah penyewa pelajar, boleh memuatkan sekitar 20 orang dalam satu masa.Pada dinding dilekatkan satu televisyen (tv) bersaiz 32" dengan beberapa kelengkapan hiburan lain. TV yang disediakan adalah Smart TV, dengan sudah dipasangkan dengan android apps seperti netflix, youtube, dan beberapa apps. Namun, hanya akaun netflix sendiri boleh digunakan.

Unifi Internet Homestay


Bagi memungkinkan untuk berhibur dengan hiburan atas talian (streaming), internet yang digunakan adalah dari Unifi. Cukup terbaik untuk mendapatkan maklumat, dan berhibur, pendek kata tinggal di homestay ini anda tidak akan terlepas dunia luar.

Walaupun berbaring atas mozek agak menyejukkan dan agak selesa, pemilik homestay ada menyediakan satu sofa ringkas yang boleh dikatakan agak terbaik untuk dibuat katil dikala malam bulan mengambang.

Jenis Bilik Homestay

Homestay dalam bentuk banglo gred C ini hadir dalam tiga buah bilik. Bilik pertama dilengkapi dengan pendingin hawa dan kipas siling. Boleh memuatkan satu keluarga dan dalam 3-4 dewasa. Ia umpama 'master bedroom' yang mana dilengkapi dengan bilik air di dalamnya. 

Bilik Utama Katil Queen


Katil yang digunakan memenuhi ruangan adalah bersaiz 'Queen'. Bilik yang mungkin sukar untuk diajak mereka yang tinggal didalamnya untuk keluar dari segi keselesaan.

Bilik Utama Aircond dan Tandas


Bilik kedua juga memiliki satu pendingin hawa dan kipas siling. Katil bersaiz 'queen' juga menjadi pilihan untuk penginap berehat dan melelapkan mata. Berada di tengah dan sesuai untuk yang gemarkan keadaan redup (geng M.U dan Chelsea suka keadaan gua) dan akan menggunakan tandas luar.

Bilik Kedua dan Iron Board


Bilik ketiga agak versi marhaen memandangkan hanya kipas siling digunakan walaupun ketika waktu petang bilik inilah yang banyak menerima bahang dari haba matahari berbanding bilik lain. Dari segi keselesaan siang, bolehlah tidur di ruang tamu.

Bilik Ketiga dan Kipas Berdiri


Bagi yang inginkan 'toto' boleh hubungi pihak homestay.

Ruang Dapur

Bagi melengkapkan homestay dalam kondisi sebuah rumah. Ruang makannya bersambung terus dengan ruang tamu dalam kedudukan memanjang. Meja makan yang mampu memuatkan sekitar 6 orang dalam satu masa menjadi penghalang untuk terus ke bahagian sinki jika anda meluncur dari ruang tamu.

Kabinet Dapur dan Peti Sejuk Homestay


Sebelah kiri bahagian dapur tersedia tempat memasak dan peti sejuk. Bagi yang suka memasak ia lengkap dengan sebotol minyak masak disediakan. Apalagi jika ingin menghangatkan makanan dari luar.

Meja Makan Homestay


Pemanas air versi mudah alih juga disediakan mana tahu jika ada yang mahu mencicah biskut marrie, atau biskut mayat dengan air teh o panas sendiri sambil melayan Mechamato atau Bebefinn di TV.

Kelengkapan Dapur dan Makan


Pinggan dan mangkuk beserta gelas disediakan oleh pemilik homestay. Tidak dilupakan juga sudu dan garfu memeriahkan bahagian tepi sinki.

Bilik Air dan Tandas

Dua buah tandas disediakan dalam Idham Homestay. Satunya di dalam bilik utama, dan selebihnya dibahagian luar untuk dikongsi oleh bilik-bilik lain. Tandas ini berada di antara bilik kedua dan bilik ketiga.Tempat mandi dan tandas ditempatkan dalam ruangan yang sama. Disediakan beberapa 'toileteries' seperti mandian dan 'shampoo'. 

Tipikal Tandas Homestay


Apa yang terbaiknya adalah kelajuan airnya yang agak memuaskan hati mungkin sedikit lagi kelajuan boleh menghilangkan daki tanpa disental.

Tidak banyak yang boleh diceritakan mengenai tandas memandangkan kita diperlukan untuk berada di dalam tandas atau tempat yang kotor dalam jangka waktu yang singkat.

Kelengkapan Lain Homestay

Selepas enak dan sedap bermain pasir di pantai atau pakaian menyerap penuh, satu mesin basuh kapasiti 7 kg ada disediakan di sebelah pintu belakang. Cukup terbaik bagi yang agak cerewet dengan kebersihan pakaian.

Kipas Siling dan Aircoond Dalam Bilik


Bod sterika (iron bod) juga disediakan di homestay ini untuk memudahkan penginap menyerika pakaian tanpa menjadikan tuala atau selimut sebagai pelapik, apalagi batu bata untuk menghilangkan kedut pakaian.

Dalam memudahkan urusan solat para muslimin dan muslimat sejadah disediakan beserta arah kiblat di siling. Rajin-rajinkanlah mendongak ke siling.

Parkir Berbumbung


Informasi Pengunjung

Lokasi Homestay

Berada di pinggir bandaraya Kuala Terengganu namun tidaklah begitu terpencil. Agak terbaik lokasinya. Boleh dilakukan carian melalui Google Maps dan Waze.

Idham Homestay,

Lot 1017, 

jalan padang kebor air, 

Kampung Kebor Air, 21200 

Kuala Terengganu, 

Terengganu


Bilik Tidur

Bilik utama : aircond + kipas syiling (katil queen) + tandas 

Bilik no 2 : aircond + kipas syiling (katil queen)

Bilik no 3 : kipas syiling (katil queen)

Bilik Air

2 Buah dengan 'toileteries'.

Kemudahan Lain

Smart TV

Unifi Wifi

Tempat Masak (termasuk pinggan/mangkuk/sudu/garfu)

Tempat BBQ

Kelengkapan

Tuala : 4 Helai

Sejadah : 3 Helai

Toto tambahan (jika diminta)

Seterika (termasuk bod)

Mesin Basuh

Peti Sejuk

Liputan Data Internet/Telefon/Telekomunikasi

Umobile - 4G

Celcom - 4G

Polisi/Peraturan

Check In : 3.00 p.m (Check in awal sekitar jam 1 p.m atas kebenaran pemilik, tiada caj lebih dikenakan)

Check Out : 12.00 p.m

RM50 per malam (akan dipulangkan dalam masa 3 jam ke atas selepas check out)

 Muslim/mahram sahaja 

Dilarang merokok di dalam homestay 

Haiwan peliharaan tidak dibenarkan 

Makanan/minuman tidak halal tidak dibenarkan 

Hubungi

IDHAM HOMESTAY KUALA TERENGGANU - 0134138017

TERENGGANU INSTAGRAM BOAT TOUR ONLINE TICKET [KLIK SINI]



This post first appeared on Snapbackpacker Travelogue, please read the originial post: here

Share the post

Penginapan 2 Hari 1 Malam Di Idham Homestay Manir Kuala Terengganu

×

Subscribe to Snapbackpacker Travelogue

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×