Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tempat Menarik Wajib Dilawati Di Kuala Kangsar Perak

Dengar atau lihat sahaja perkataan 'Kuala Kangsar' pasti akan jelas terpampang di skrin minda akan naskah dari arwah Mamat Khalid. Tentang mi kari kuah laksa Yah Kucai di warung pak jabit dan profil barkoba.

Tempat Menarik Wajib Singgah Kuala Kangsar

Namun, bagi seorang traveler, Kuala Kangsar Perak ada definisi sendiri untuk seorang pelancong tidak kira domestik atau luar negara.


Pelancongan Dengan Nilai Sejarah

Kuala Kangsar Perak cukup terkenal dengan artifak, nilai sejarah dan monumen yang boleh dilawati jika berpeluang berkunjung ke bandar diraja Perak ini.

Penulis boleh berikan jolokan, bandar Pelancongan Sejarah kepada Kuala Kangsar kerana nilai pelancongan yang memberikan kenangan dari segi pengetahuan dan pengabadian kenangan ketika melancong.

Disini penulis senaraikan beberapa tempat yang WAJIB anda singgah dan ambil gambar sebagai kenangan apabila berkunjung ke Kuala Kangsar Perak.

Masjid Ubudiah Kuala Kangsar

Menjadi antara foto yang pernah menghiasi kalendar tahunan masjid ini boleh dikatakan 'maskot' kepada Kuala Kangsar itu sendiri.

Masjid Ubudiah Kuala Kangsar


Walaupun ada di antara kita yang tidak tahu akan namanya pasti sudah terlintas akan Kuala Kangsar apabila terlihat akan infrastruktur Masjid Ubudiah ini.

Dengan kubah bewarna emas diraja dan jaluran yang mudah untuk diingati dalam minda. 

Jadikan Masjid Ubudiah sebagai latar belakang ketika bergambar kenangan pasti suatu yang indah.

Alamat:

Masjid Ubudiah

Jalan Istana, 

33000 Kuala Kangsar, 

Perak

Istana Iskandariah Kuala Kangsar

Boleh sahaja untuk mendapatkan kenangan singgah sebentar di hadapan pintu masuk istana, namun, mungkin ia agak tidak sesuai.

Dataran Istana Iskandariah Kuala Kangsar


Terdapat 'port' lain yang boleh jadikan kenangan abadi melalui foto dengan Istana Iskandariah Kuala Kangsar ini.

Terdapat satu kawasan parkir yang agak luas beberapa meter dari pintu utama Istana Iskandariah. Perlu sedikit menuruni kawasan bukit terbentang kawasan parkir yang luas apalagi kawasan ini berdekatan dengan sungai. Boleh 'healing' minda dengan permandangan sekeliling.

Permandangan istana mungkin tidak begitu jelas namun masih boleh terlihat kubah kuning istana di celahan pokok pokok hiasan yang meninggi.

Alamat:

Istana Iskandariah

Taman Lerista, 

33000 Kuala Kangsar, 

Perak


Istana Kenangan (Istana Kuning) Bukit Chandan

Jika anda meneruskan perjalanan melalui laluan Istana Iskandariah untuk berpatah balik. Di suatu selekoh penulis berjaya mendapati sebuah istana di zaman silam (isteri penulis terus menyebut istana adabi ketika mula mula terlihat).

Istana Kenangan (Istana Kuning) Kuala Kangsar


Sebuah istana bewarna kuning yang pasti membuatkan mata terpukau dan aura untuk didekati. Ia adalah sebuah istana yang juga diberikan nama kenangan.

Reka bentuk beserta dekorasi warnanya cukup memukau untuk berada di dalam foto kenangan. 

Dari pembacaan penulis diceritakan istana ini tidak menggunakan sebarang paku dan menggunakan kayu dan teknik bumbung pisang sesikat.

Hitam dan kuning simnolik warna negeri Perak menyerlahkan lain istana yang menjadi kediaman sementara Sultan Iskandar Shah ini.

Alamat:

Istana Lama Bukit Chandan, 

33000 Kuala Kangsar

Perak 


Pokok Getah Pertama dan Tertua Di Malaysia

Rugilah kalau datang ke Kuala Kangsar tidak abadikan kenangan dengan pokok getah yang pertama di bawa masuk ke Malaya (nama Malaysia ketika itu). Mana tahu umurnya sudah tidak lama, paling kurang anda sudah ada kenangan dengannya.

Pokok Getah Pertama Tiba Di Malaya Kuala Kangsar


Jika tidak diberitahu pada 'signboard' atau mercu tanda pasti tidak dapat dipastikan ia adalah pokok getah tertua di Malaysia, kerana dari segi fizikalnya sama dengan pokok lain yang ada.

Terletak dipersimpangan jalan (sebelahnya adalah Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar) dengan latar belakang bangunan yang terbina dari motif zaman dahulu menaikkan lain nilai sejarah pada monumen ini. Semuanya adalah 9 batang pokok, 

namun yang satu ini masih sihat walafiat.

Alamat:

Jalan Raja Chulan, 

Kampung Penaga, 

33000 Kuala Kangsar, Perak


Dataran Lembah Sungai Perak, Kuala Kangsar

Alang alang sudah berada di Kuala Kangsar. Nikmati permandangan dan makanan yang ada di tepian Sungai Perak yang menjadi nadi tarikan Kuala Kangsar.

Dataran Sungai Kuala Kangsar


Terdapat satu taman permainan dengan pelbagai permainan kanak-kanak yang ada. Terdapat juga tempat rehat berbumbung apalagi kedai makan sambil melihat aliran air, dengan bunyian deruan airnya.

Rentasi satu jambatan pendek untuk panorama jambatan dengan sekitarnya terdapat kedai makan dan juga kedai kraftangan dan cenderamata.

Jadikan Jambatan Sultan Abdul Jalil sebagai latar belakang foto kenangan anda. Boleh juga lihat kehidupan kampung di seberang sungai dengan penduduknya yang sedang bermain wau atau nasib baik boleh melihat kerbau mandi sungai.

Alamat:

Jalan Laksamana, 

Kampung Penaga, 

33000 Kuala Kangsar, 

Perak


Tempat Menarik Dekat Dengan Satu Sama Lain

Tiga tempat bersejarah di Kuala Kangsar seperti Masjid Ubudiah, Istana Iskandariah dan Istana Kuning berada sangat hampir dengan satu sama lain. 

Memerlukan anda melalui jalan sehala yang sama di Bukit Chandan melainkan Pokok Getah Pertama Malaya yang berada di dalam bandar Kuala Kangsar.

TEMPAH ONLINE PENGINAPAN SEKITAR KUALA KANGSAR




This post first appeared on Snapbackpacker Travelogue, please read the originial post: here

Share the post

Tempat Menarik Wajib Dilawati Di Kuala Kangsar Perak

×

Subscribe to Snapbackpacker Travelogue

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×