Bercuti dan melancong ke Luar Negara memang seronok. Apabila sering dengan hawa cuaca dan persekitaran sama kadang-kadang mahu juga mendapatkan udara baharu.
Wise_Application_For_Travelling |
Apalagi berkunjung ke Negara yang memiliki empat musim. Lagilah seronok apabila dapat mengalami pengalaman percutian baharu.
Setiap negara memiliki matawang masing-masing. Seperti Eropah (Euro), Britain (Pound Sterling), Turkiye (Lira), Amerika (USD) dan bermacam lagi matawang.
Nilai matawang berubah ubah dan nilainya dengan duit kita sentiasa tidak sama. Ini merupakan satu halangan kecil "hurdle" untuk melancong ke Luar negara.
Tempat Membuat Tukaran Matawang Konvensional
Biasanya bakal pelancong ke luar negara akan menukar nilai matawang secara tunai di mana mana pengurup wang yang ada.
Seperti di;
1. Pasaraya
2. Bank
3. Airport
4. Cawangan pengurup wang
Apa yang menjadi sedikit kerumitan adalah caj yang dikenakan oleh tempat tempat ini berbeza dan agak mahal.
Nilai Tukaran Matawang Secara Automatik
Kalau boleh dapat dengan satu kadar (rate) yang sama dengan nilai pada graf yang dikeluarkan pihak tertentu tanpa sebarang caj yang mahal ini adalah terbaik.
Itu permasalahan dahulu sebenarnya, kini sudah terdapat satu aplikasi yang cukup mudah tanpa beratur dan mengeluarkan wang tunai.
Semuanya atas talian (online) dan hanya menggunakan peranti elektronik.
Aplikasi Trusted Dan Dipercayai
Dengan penarafan (rating) 4.5 bintang oleh Trustpilot yang mana satu platform untuk menilai aplikasi yang ada cukup boleh dipercayai.
Apalagi di Malaysia, Bank Negara Malaysia memberikan lampu hijau aplikasi ini untuk menyediakan khidmat tukaran wang, deposit dan pengeluaran matawang di Malaysia.
Ia adalah Wise dahulunya dikenali sebagai TransferWise
Wise Account |
Aplikasi ini cukup berguna pagi pelancong yang ingin travel ke luar negara.Janji dalam akaun bank anda ada wang untuk di depositkan ke dalam aplikasi Wise ini.
Cara Mudah Menggunakan Aplikasi Wise
Boleh menukarkan nilai matawang dari ringgit (MYR) kepada matawang negara yang ingin anda bercuti secara automatik mengikut kadar tukaran semasa.
Easy Transferring Money Steps |
Cara penggunaannya juga mudah dengan;
1. Deposit dari akaun bank
2. Tukar kepada nilai matawang yang diingini
3. Buat pengeluaran dengan nilai matawang baharu
Tidak akan timbul isu jika ketika berseronok bercuti di luar negara, tunai anda tidak cukup dan sukar untuk mendapatkan tempat tukaran wang.
Dengan menggunakan aplikasi di telefon pintar sahaja boleh membuat transaksi.
Kelebihan Menggunakan Aplikasi Wise Ketika Travel
Kelebihan menggunakan Wise ketika melancong
Visa Card By Wise |
1. Tukaran wang terus automatik tanpa perlu mendapatkan pengurup wang
2. Tidak memerlukan anda memegang wang tunai dalam kadar yang banyak
3. Simpanan untuk aktiviti tertentu ketika bercuti di luar negara
4. Kehilangan wang bukan masalah lagi
5. Tiada lagi caj mahal-mahal ketika berurusan dengan wang di luar negara (caj pengurup wang, caj mesin ATM luar negara)
Kelebihan lain yang ada pada wise adalah ia boleh dijadikan sebagai satu akaun simpanan untuk melancong ke luar negara.
Mudahkan Urusan Transaksi Ketika Travel Luar Negara
Supported Currency Wise |
Deposit dari bank biasa anda dan simpan sahaja dalam akaun Wise, gunakan apabila perlu dan jika lebih bijak lihat ketika tukaran nilai matawang cantik nilainya baharu gunakan.
Apalagi jika anda memiliki satu kad visa yang dikeluarkan oleh Wise ini lebih memudahkan.
Ingin Bercuti Di Luar Negara Perlu Ada Wise
Penulis beranggapan bagi mereka yang gemar travel ke luar negara, perlu ada akaun Wise dan aplikasi ini di telefon atau peranti digital anda.
Bagi memudahkan urusan pembayaran apa apa di luar negara nanti.
Penulis sendiri sudah memiliki akaun Wise mana tahu berpeluang untuk bercuti di luar negara, mudah tanpa perlu risau mencari pengurup wang dengan tunai.
Jika berminat boleh buat muat turun dan daftar melalui pautan link di bawah;
Semoga bermanfaat